Kursus eksorsisme kaji kaitan porno dan pengaruh setan

Sebuah kursustahunan eksorsisme telah ditawarkankepada para paderi di Roma yangbermatlamat untuk membuka dialog.

Apr 19, 2018

KOTA VATIKAN: Sebuah kursustahunan eksorsisme telah ditawarkankepada para paderi di Roma yangbermatlamat untuk membuka dialog.

“Seksualiti manusia dalam dirinyasendiri adalah sangat bernilai, tetapiapabila anda menggunakannya denganburuk, anda akan menciptabahaya untuk diri sendiri dan oranglain, terutama jika ia melibatkankanak-kanak,” kata Fr. PedroBarrajon LC memberitahu wartawanpada 16 April.

Bercakap mengenai penggunaanpornografi secara meluas dalammasyarakat moden, beliau percayapenganjur kursus itu ingin membincangkan“fenomena budaya modenini tentang kejahatan yangmerugikan orang,” bukan untukmengabaikan peranan peribadi tanggungjawab,tetapi untuk menerokasama ada terdapat pengaruh setandalam penggunaan pornografi, dansejauh mana ia telah mempengaruhi.

Begitu juga dengan penagihandadah, budaya menyembah dan ibadatSetan, juga kaitannya denganpedofilia dan pornografi kanakkanak,di mana kedua-dua topik iniakan dibincangkan pada hari terakhirkursus.Kursus ini adalah untuk melihatdari adakah puncanya dari manusiasahaja — psikologi, keluarga, sosialatau budaya — atau ada punca yanglain? Katanya lagi, kursus itu bertujuanuntuk “membuka ruang untukmelihat jika ada kemungkinan untukmenunjukkan pengaruh dari setan.

”Barrajon bercakap kepadawartawan pada hari pertama kursustahunan ke-13 mengenai eksorsismedan doa pembebasan, yangditawarkan oleh Pontifical ReginaApostolorum University (APRA) danKumpulan Penyelidikan danInformasi Sosio-Agama (GRIS).

Ia telah diadakan pada 16-21April, di mana kursus tersebut telahmeneroka topik eksorsisme dan doapembebasan dari sudut pandanganyang berbeza, termasuk perspektifteologi, antropologi, kanonikal, liturgi,psikologi, sosial dan jenayah.

Dalam ucapan pengenalannya, Fr.Jose Enrique Oyarzun, LC, seorangprofesor di Universiti ReginaApostolorum, berkata sering terdapat“kekeliruan besar" mengenai syaitan,dengan ramai orang percaya bahawadia tidak wujud.

Ini adalah kesilapanyang berbahaya, tegasnya lalumemetik Ekshortasi Apostolik SriPaus Fransiskus “Gaudete etExsultate,” yang mengatakan,"memang benar keyakinan bahawakuasa jahat ini hadir di tengah-tengahkita yang membolehkan kitamemahami bagaimana kejahatankadang-kadang mempunyai kuasayang membinasakan.

"Fr Oyarzun juga mengatakan, iblissudah hadir pada mukasurat pertamaKitab Suci.Ia diakhiri dengan kemenanganTuhan yang mengalahkan iblis.

Setan juga turut disebut dalam doaBapa kami di mana ia diakhiri dengankata-kata “bebaskanlah kamidari yang jahat.”Kata terakhir itu tidak merujukkepada kejahatan dalam abstrak; terjemahanyang lebih tepat akan menjadi“jahat.”

Ia menunjukkan sifat peribadiyang menyerang kita, katanya, danmenyimpulkan petikan itu, bahawa,“kita tidak boleh memikirkan setansebagai mitos, perwakilan, simbol,sosok ucapan atau idea.

Kesilapanini akan membawa kita untuk lalaiatau leka untuk berjaga-jaga, lemahdalam pertumbuhan iman seterusnyasangat rapuh untuk melawan godaansetan.”--CNA/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments