LIMA tips jika mahu mellayani di Gereja

Tidak aktif pelayanan di Gereja? Bingung mahu mula dari mana? Ini dia ENAM tips kalau kamu mahu melayani.

Jun 08, 2018

Tidak aktif pelayanan di Gereja? Bingung mahu mula dari mana? Ini dia ENAM tips kalau kamu mahu melayani.

1. Niat, kesempatan, dan panggilan
Merealisasikan niat dan panggilan memanglah sulit, apalagi jika kita melihat sepertinya “tidak memiliki” kesempatan untuk mewujudkannya. “Saya mahu aktif di Gereja, tetapi tidak ada teman di Gereja” atau pelbagai alasan lain. Cuba ganti kata “tetapi” dengan “walaupun”. “Saya mahu aktif di Gereja walaupun tiada kawan ...”

2. Jangan ragu berteman dan bertanya dengan teman seiman yang sudah aktif di Gereja
Untuk mencipta kesempatan, yang kamu harus lakukan adalah bersahabat dengan rakan yang sudah terlebih dahulu aktif di Gereja. Jangan malu bertanya tentang pelayanan-pelayanan di Gereja.

3. Mengikuti acara atau kegiatan Gereja
Usahakan untuk menyertai kegiatankegiatan Gereja, misalnya kegiatan-kegiatan belia, Pelayan Altar dan sebagainya. Dengan begitu, kamu membuka kesempatan untuk memperbanyak teman seiman dan merasai atmosfera berkegiatan di tengah- tengah teman seiman .

4. Ajak teman kamu yang ingin juga aktif di Gereja
Kamu punya sahabat atau teman seiman, tetapi teman kamu juga belum aktif di Gereja? Ajak dan utarakan niat kamu kepada rakan itu untuk mendaftar atau mengikuti kegiatan Gereja. Biasanya, kalau ada teman, kita akan lebih berani dan enjoy. Tetapi, jangan selamanya minta ditemani ya… mesti belajar berdikari juga.

5. Menentukan mahu aktif di kegiatan atau kategori apa
Gereja Katolik bukan hanya sebuah tempat untuk beribadah, tetapi juga sebuah institusi atau komuniti bahkan komuniti terbesar di seluruh dunia.

Kerana inilah, Gereja juga disebut communion of communities atau komuniti yang terdiri atas komuniti-komuniti kecil. Ada banyak pilihan yang dapat anda pilih, misalnya Koir, Pelayan Altar, Belia, Kateketikal, Penginjilan dan banyak lagi.

Tuhan Yesus memberkati.

Total Comments:0

Name
Email
Comments