Mahasiswa Katolik teguhkan solidariti di St Peter, Sg Manila

Student Gathering 2019 atau dahulu nya dikenali sebagai “Welcome Junior Party (WJP)” merupakan program bagi pelajar kampus Katolik Universiti Malaysia Sabah untuk mengalu-alukan pelajar baharu dari seluruh negeri Sabah yang telah berjaya melanjutkan pelajaran di UMS cawangan Sandakan.

Nov 02, 2019

SANDAKAN: Student Gathering 2019 atau dahulu nya dikenali sebagai “Welcome Junior Party (WJP)” merupakan program bagi pelajar kampus Katolik Universiti Malaysia Sabah untuk mengalu-alukan pelajar baharu dari seluruh negeri Sabah yang telah berjaya melanjutkan pelajaran di UMS cawangan Sandakan.

Ini merupakan program anjuran daripada kumpulan Catholic Student Family (CSF) UMS cawangan Sandakan yang diadakan setiap tahun.

Program yang telah berlangsung pada 6 Oktober 2019, bertempat di Gereja St. Peter Sg. Manila Batu 12, dengan jayanya telah disertai seramai 24 orang pelajar kampus yang terdiri daripada dua pelajar Master, 10 orang dari tahun akhir, empat orang dari tahun tiga, dua orang dari tahun dua dan enam orang pelajar baharu.

Tujuan program ini diadakan  adalah untuk merayakan kedatangan pelajar baharu dan sekaligus membina ikatan persahabatan di antara pelajar senior dan junior Katolik agar dapat berjalan bersama sebagai satu keluarga.

Program ini dimulai dengan Misa  Kudus dan disusuli makan tengahari secara potluk bersama umat St. Petrus, Praise and Worship, pengenalan kepada organisasi Diocesan Youth Apostolate (DYA), Parish Youth Apostolate (PYA), St. Mark dan St. Peter (SMSP) dan Catholic Student  Family (CSF).

Melalui aktiviti ice breaking, serba sedikit telah memupuk satu ikatan persaudaraan antara umat di St. Peter Sg. Manila dengan para pelajar 

Total Comments:0

Name
Email
Comments