Maksud Tahun “Luar Biasa”

Maksud Tahun “Luar Biasa”

Mar 08, 2019

Soalan 1: Tahun 2019 Gereja Katolik merayakan Tahun Luar Biada Misionari. Soalan saya adalah apakah yang “Khas/ Luar Biasa” tentang Tahun Misionari ini?

Saya telah mengikuti, melihat dan membaca senarai program/acara/aktiviti sempena Tahun Misionari dalamHERALD keluaran 23 Dis 2018 seperti Formasi, kertas renungan KED, ziarah tempat-tempat didedikasikan, perhormatan relik santo-santo misionari, pelancaran dan tetapi semuanya adalah biasa sahaja dan pernah dilakukan sebelum ini pada perayaan tahun yang lain. Tiada yang luarbiasa! Apakah maksud sebenar luarbiasa/khas? — Thomas, Bagan Serai.

Jawaban: Marilah kita mengenal secara singkat sejarah tradisi Tahun Kudus ini. Tahun yubileum dilaksanakan 25 tahun sekali! Gereja Katolik telah memulai tradisi Tahun Kudus sejak Sri Paus Bonifasius VIII, iaitu tahun 1300; Yubileum kedua dilaksanakan tahun 1350.

Para penziarah, selain Basilika Santo Petrus, turut mengunjungi Basilika Santo Paulus di Luar Tembok dan Basilika santo Yohanes Lateran.Dengan berakhirnya skisma di Barat, tahun 1425, Paus Martinus V memaklumkan Tahun Yubileum. Saat itu beliau memperkenalkan dua hal penting, iaitu: Medali Yubileum sebagai kenangan tahun yubileum dan Pembukaan Pintu Suci (porta santa)di Basilika Santo Yohanes Lateran.

Sejak saat itu ada rencana dan usulan bahawa tahun yubileum dilaksanakan 25 tahun sekali.Tetapi semasa kepausan Paus Paulus II, dalam bul- lanya pada tahun 1470, menetapkan bahawa meskipun Tahun Yubileum diadakan 25 tahun sekali, tetapi juga dapat dirayakan secara luar- biasa atau extra ordinary. Hal ini berkenaan den- gan kesempatan atau perayaan tertentu yang diang- gap penting, maka Sri Paus dapat memaklumkan suatu tahun yubileum. Hal ini dimaksud agar seti- ap generasi setidak-tidaknya dapat mengalami satu Tahun Kudus.

Tahun yubileum extra ordinary atau luar biasa ini dimulai sejak abad XVI. Tahun Kudus Luar Biasa yang terakhir adalah tahun 1933, dicanangkan oleh Pius XI untuk 1900 Tahun Penebusan, dan tahun 1983, dicanangkan oleh Yohanes Paulus II untuk 1950 tahun Penebusan (atau ulang tahun kebangkitun Tuhan Yesus Kristus ke-1950).

Terbaharu, pada tahun 2016, SriPaus Fransiskus memaklumkan suatu tahun yubileum extraordi- nary atau tahun yubileum luar biasa untuk menge- nangkan 50 tahun penutupan Konsili Vatikan II.Momentum ini memiliki makna khusus iaitu dorongan kepada Gereja untuk melanjutkan misi yang sudah dimulai oleh Konsili Vatikan II.

Mengenai pelancaran Tahun Misionari di keuskupan-keuskupan di Malaysia, para uskup telah memutuskan untuk melancarkan Tahun MisionariLuar Biasa ini sebagai memperingati Sri Paus Benediktus ke-15 yang juga dikenali sebagai SriPaus Misionari, yang menulis surat Apostolik bertajuk “Maximum Illud” di mana isi kandungan surat Apostolik itu menjemput kita untuk mewartakan berita baik Yesus Kristus ke seluruh dunia. Tahun ini merupakan ulangtahun ke-100 surat itu, dan tujuan serta kandungan surat itu masih relevan sehingga ke hari ini. Paus Fransiskus telah menetapkan bulan Oktober 2019 sebagai Bulan Misionari Khas Oktober 2019 di mana kemuncaknya akan diraikan pada 20 Oktober 2019.

Para Uskup di Malaysia telah memutuskan untuk melancarkan Tahun Misionari Khas ini bermula pada Hari Penampakan Tuhan (ada beber- apa keuskupan yang melancarkannya pada penghujung bulan Januari) sehingga akhir bulan Oktober tahun ini.

Aktiviti dan formasi yang dirancang oleh setiap Keuskupan/Paroki adalah untuk membantu umat merenung dan menyiapkan iman untuk keluar ke dunia sebagai misionari. Aktiviti dan formasi-for- masi itu bukan sahaja untuk mempersiapkan iman para umat untuk menyambut bulan khas Misionari pada bulan Oktober ini tetapi ia juga mengin- gatkan kita bahawa Tuhan hadir dan aktif memanggil para umat untuk berkarya, membangun Gereja dan menggerakkan umat agar menjadi misionari, membawa ramai orang untuk kembali dan percaya kepada-Nya!

Mungkin aktiviti-aktiviti yang dirancang biasa- biasa sahaja, tetapi kehadiranTuhan adalah sangat istimewa dan menjadikannya luar biasa apatah lagi jika kita dapat menjawab panggilan Tuhan itu den- gan kata-kata dan tindakan konkrit — memikul tanggungjawab kita sebagai umat yang telah dibaptis. —katolisitas/hidupkatolik.com

Total Comments:1

Name
Email
Comments
Tq info