Malanglah cinta jika mengabaikan kesucian

Malanglah cinta jika mengabaikan kesucian

Sep 21, 2018

Malanglah kesucian jika ia bukan dilakukan dengan kasih, tetapi malanglah dalam mencintai jika mengabaikan kesucian.

Ini merupakan kata-kata Benoit Standaert, seorang biarawan Benediktin dan saya percaya ia sangat berguna untuk membacanya dalam budaya kita hari ini di mana, di mana ada bahaya bagi semua orang, sama ada yang aktif secara seksual mahupun mereka yang mengambil kaul selibat bahawa seksualiti dan kesucian secara umumnya dilihat bertentangan, malah bermusuhan dengannya.

Malangnya, pertentangan ini tidak begitu difahami hari ini, sama ada dalam budaya kita atau di gerejagereja kita. Dalam budaya masa kini, hampir semua orang melihat kesucian sebagai perkara kuno atau ketinggalan zaman, tidak canggih, yang hanya boleh diajar kepada kanakkanak demi melindungi mereka. Sesungguhnya, dalam budaya popular hari ini, kesucian sering ditakuti dan dilihat sebagai ketegasan moral berdasarkan ketakutan.

Ironinya banyak di antara kita, umat gereja, cuba mempertahankan kesucian dengan cara yang tidak sihat. Kita tidak pernah mengaitkan kesucian dengan kerohanian bahawa kesucian melengkapi kerohanian bagi memahami seksualiti sebagai hadiah yang indah daripada Tuhan, bahawa dengan memahami seksualiti yang sihat, maka kita akan lebih memahami anugerah kesenangan, kerohanian, dan kegembiraan daripada Tuhan.

Seksualiti dan kesucian bukanlah musuh, tetapi kerana kebudayaan dan gereja membuatkan ia bermusuh. Memang kedua-duanya adalah perkara berbeza, bagaikan duit syiling yang mempunyai dua sisi berbeza tetapi ia saling memerlukan. Seksualiti tanpa kesucian kehilangan jiwa dan tidak menghormati. Begitu juga, jika kesucian itu dianggap atau diperlakukan dengan memisahkan seks, akan selalu berakhir dalam kemarahan , statik dan menghakimi. Malanglah jika kita tidak mengambil perkara ini dengan sungguh-sungguh.

Malangnya, gereja-gereja kita tidak pernah memahami seksualiti dengan baik atas sebab-sebab tertentu; sama seperti budaya kita, yang mempunyai sebab sedikit bahawa tidak pernah mempunyai pegangan yang baik tentang kesucian. Salah satu yang dicari tetapi kebanyakannya sia-sia, bahawa untuk kerohanian Kristian, seksualiti yang benar-benar sihat dan yang menghormati adalah hadiah indah yang diberikan oleh Tuhan kepada kita dalam seksualiti kita.

Begitu juga sebaliknya, bahawa pencarian kita adalah sia-sia kerana ditenggelami oleh suara sekular yang merangkumi kepentingan kesucian. Ketika Musa berdiri di hadapan semak belukar itu dan Tuhan memberitahu kepadanya, “Bukalah kasutmu sebab tanah yang kamu berdiri itu kudus”, Tuhan berbicara dengan jelas bagaimana kita, sebagai manusia, berdiri di hadapan misteri cinta dan seksualiti. Seks adalah pemberian jiwa hanya jika ia diberikan dan diterima dengan hormat sewajarnya. Seksualiti, seperti yang kita tahu, lebih daripada seks.

Apabila Tuhan mencipta manusia pertama, Tuhan memandang mereka dan berkata: “Tidak baik bagi seseorang untuk bersendirian!” Dia menujukan kata-kata itu bukan sematamata untuk Adam dan Hawa, sebaliknya untuk setiap benda hidup, dan setiap molekul dan atom di alam semesta.

Adalah tidak baik untuk bersendirian dan seksualiti adalah api di dalam kita bahawa pada setiap tahap makhluk, kesedaran dan bawah sedar, tubuh dan jiwa kita — mendorong kita keluar melampaui kegelisahan kita, ke arah keluarga, komuniti, persahabatan, perkenalan, pengembaraan, penciptaan bersama, perayaan, kegembiraan, dan penyempurnaan. Seksualiti dikaitkan dengan naluri kita untuk meneruskan nafas kehidupan dan tidak boleh dipisahkan dari kekudusan yang kita rasai di dalam diri kita sebagai makhluk yang dicipta dalam imej dan gambaran Tuhan. Dan, sebagai tenaga, seksualiti adalah suci, tidak boleh dikebelakangkan demi sesuatu yang lebih tinggi atau dianggap biasa-biasa sahaja.

Selalunya bukan semua orang tahu bahawa kesucian, adalah yang pertama sekali bukan konsep seksual. Ia mempunyai banyak makna. Kesucian merupakan penghormatan yang lebih baik, kesabaran yang lebih tepat, bukan hanya untuk bagaimana kita berhadapan dengan seks tetapi bagaimana kita mengendalikan hidup kita.

Kesucian bukanlah tentang selibat, juga bukan juga kehambaran. Seseorang itu boleh menjadi selibat tetapi tidak suci; begitu juga seseorang itu boleh aktif secara seksual, dan suci. Kesucian hendaklah difahami dengan betul bahawa ia bukan anti-seksual; ia berusaha untuk melindungi seksualiti daripada kuasa berlebihan sendiri dengan menapis apa yang di sekelilingnya, sabar dan menghormati, oleh itu, ia membenarkan seseorang menjadi dirinya yang sejati, membenarkan seseorang itu makmur dan membolehkan seks diperlakukan dengan jujur, dengan kudus dan diterima sebagai anugerah kehidupan yang sangat berharga.

Annie Dillard dalam bukunya Holy Firm memberikan penerangan imej kesucian yang menarik. Beliau menerangkan bagaimana, pada suatu hari, dia melihat seekor rama-rama sedang terkial-kial untuk keluar dari kepompongnya, dia berasa tidak sabar melihat proses itu berakhir. Proses itu menarik tetapi perlahan-lahan perlahan; kesabarannya menipis, maka dia mengambil lilin dan menambah kepanasan kepada kepompong.

Rama-rama kemudian keluar dengan lebih cepat, tetapi, kerana proses itu disingkatkan, bukan semula jadi, maka rama-rama itu keluar dengan sayap yang rosak.

Susunan semula jadi atau aturan lazim yang diganggu menghasilkan sesuatu yang tidak sempurna, kesilapan dalam kesucian, ketidaksabaran telah menyebabkan hasil yang lemah dan tidak diingini.

Seksualiti dan kesucian memerlukan antara satu sama lain. Seksualiti membawa tenaga, kerinduan, semangat dan desakan yang membuat kita berjaga-jaga, secara sedar dan tidak sedar, bahawa tidak baik untuk bersendirian.

Jika kita menutupnya, kita menjadi steril atau statik dan dalam kemarahan. Sebaliknya, kesucian memberitahu kita bahawa, dalam proses mencari kesatuan dengan semua yang berada di luar kita, kita mesti mempunyai kesabaran dan rasa hormat yang cukup untuk membiarkan yang lain menjadi padu dan bersatu dengan kita sepenuhnya. — Hakcipta Terpelihara 1999-2018 @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments