Masyarakat yang tidak memberi harapan, telah hilang kemanusiaannya

Masyarakat yang tidak mengalu-alukan, melindungi dan memberi kehidupan kepada golongan yang menderita, telah hilang kerohaniannya," demikian peringatan Sri Paus Fransiskus semasa pertemuan dengan 4,500 peserta kumpulan doktor, pengurus, pengendali, sukarelawan dan rakan-rakan Pusat Yayasan Don Carlo Gnocchi.

Nov 10, 2019

KOTA VATIKAN: Masyarakat yang tidak mengalu-alukan, melindungi dan memberi kehidupan kepada golongan yang menderita, telah hilang kerohaniannya," demikian peringatan  Sri Paus Fransiskus semasa pertemuan dengan 4,500 peserta kumpulan doktor, pengurus, pengendali, sukarelawan dan rakan-rakan Pusat Yayasan Don Carlo Gnocchi.

"Diinspirasikan oleh keprihatinan Beato Carlo Gnocchi seorang paderi, anda dipanggil untuk menyatukan pelayanan sosial dan kesihatan dengan tindakan penginjilan dalam aspek konkrit kehidupan," ujar Sri Paus.

Prelatus itu menekankan bahawa, "Nilai dan makna profesion kesihatan dan setiap pelayanan terletak pada saudara-saudari kita yang sakit di mana kemahiran dan belas kasihan saling seiring.

“Kemahiran adalah hasil dari persiapan, pengalaman dan pembaharuan dalam kemahiran anda; dan semua ini disokong oleh motivasi untuk melayani orang-orang di sekeliling kita yang menderita, sebuah motivasi menjalankan kebajikan Kristus."

Bapa Suci menambah bahawa kemahiran adalah kualiti yang menjadikan kesaksian umat beriman yang diyakini dalam pelbagai situasi masyarakat, kemahiran juga membantu anda untuk kuat melawan arus dengan mengekalkan rasa hormat kepada budaya dominan: dalam situasi anda, cabaran dalam meluangkan masa dan tenaga terhadap yang rapuh meskipun pada orang lain, ia hanyalah sia-sia.

"Penderitaan saudara dan saudari kita perlu dikongsikan, memerlukan sikap dan inisiatif belas kasihan. Ini adalah tentang “menderita bersama”, mengasihani seperti Yesus yang menghulurkan kasih-Nya kepada semua manusia malah Dia menjadi manusia agar dapat berkongsi sepenuh-Nya dalam cara yang hakiki, dalam darah dandaging seperti yang diperlihatkan-Nya dalam Kesengsaraan-Nya.

Tegas Sangti Papa, masyarakat yang tidak dapat mengalu-alukan, melindungi dan memberi harapan telah kehilangan kerohanian dan telah kehilangan sifat kemanusiaannya! Beliau memuji jaringan pusat itu sebagai model baik kerana menggabungkan bantuan, rawatan dan kebajikan evangelikal.

Dalam sebuah konteks sosial yang mengutamakan keberkesanan daripada solidariti, struktur pusat andabukan sahaja rumah harapan dan bermatlamat melindungi, malah ia menghargai dan memberi kemudahan bagi yang sakit, kurang upaya dan golongan tua. 

“Semoga sifat kemanusiaan dan kesaksian Kristian Beato Don Carlo Gnocchi, ditandai dengan cintakasih kepada yang lemah, sentiasa diutamakan dalam membuat pilihan dan aktiviti anda.

Semoga Tuhan memberikan anda penghiburan dan menjadikan anda utusan belas kasih-Nya ke mana sahaja anda pergi,” ujar Sri Paus Fransiskus. -- Asia News

Total Comments:0

Name
Email
Comments