MCYMC bakal anjur acara besar Hari Belia Malaysia!

Komiti Para Pelayan Belia Katolik Malaysia (Malaysian Catholic Youth Ministers Committee/ MCYMC) dari seluruh Malaysia telah datang dan berhimpun di Sandakan paa 23-28 September lalu.

Nov 02, 2019

SANDAKAN: Komiti Para Pelayan Belia Katolik Malaysia (Malaysian Catholic Youth Ministers Committee/ MCYMC) dari seluruh Malaysia telah datang dan berhimpun di Sandakan paa 23-28 September lalu.

MCYMC merupakan komiti yang bertanggungjawab bagi pembinaan iman dan memberikan pelayanan pastoral kepada belia Katolik yang sedang melanjutkan pelayaran di institut Tinggi di Malaysia.

Perhimpunan sekali setahun itu diadakan untuk mengukuhkan lagi kerjasama dan solidariti di kalangan pelayan Belia di samping meneliti bersama program-program yang sudah dilaksanakan serta melihat keperluan kaum muda masa sekarang.

Sepanjang lima hari pertemuan, setiap keuskupan mengemukakan program-program yang telah dilaksanakan di tempat masing-masing.

Semua pelayanan belia di setiap keuskupan Malaysia aktif menganjurkan pelbagai acara seperti kem pembinaan iman dan kepimpinan, forum, program-program jangkauan serta mission trips ke komuniti-komuniti yang memerlukan.

Salah satu program penting anjuran  MCYMC ialah Hari Pelajar Kampus Katolik Malaysia kali ketiga  (MCCSD3) yang diadakan pada 3-8 Jun lalu di Keuskupan Agung Kota Kinabalu.

Dilaporkan bahawa lebih kurang 700 mahasiswa yang telah mengambil bahagian dalam MCCSD-3 yang mengemukakan isu-isu seperti masalah mental. MCYMC kini sedang menumpukan usaha untuk merancang pen ganjuran MCCSD kali keempat pada tahun 2021.

Para pemimpin belia ini juga membincangkan penganjuran Hari Belia Malaysia (MYD) serentak dengan MCCSD-4 pada 2021 sebagai persiapan Konvensi Pastoral Pan Malaysia yang akan diadakan pada tahun 2026. Uskup Agung Simon Poh dari Keuskupan Agung Kuching dan Uskup penaung  bagi belia dan pelayanan kampus, menyeru para ahli MCYMC untuk menyebarkan pesan Sri Paus Fransiskus dalam “Kristus Hidup” (Christus Vivit) kepada semua kaum muda di Malaysia bahawa, “Kristus hidup dan Dia mahu anda hidup (CV#1) dan kaum muda adalah masa kini Tuhan!” (CV#64) -- dospo sandakan

Total Comments:0

Name
Email
Comments