Melewati Pintu-pintu Suci di Malaysia

Dalam keluaran ini, HERALD menampilkan pintu-pintu Suci di setiap Keuskupan/Agung di Malaysia.

Feb 19, 2016

Dalam keluaran ini, HERALD menampilkan pintu-pintu Suci di setiap Keuskupan/Agung di Malaysia.

Sejarah
Tradisi pintu suci dalam sesebuah tahun jubli bermula pada abad ke-15. Ia dimulakan oleh Paus Martin V di mana prelatus itu membuka pintu Suci buat pertama kali di Basilika St John Lateran.
Sebelum tahun jubli 2000, sudah menjadi tradisi para Sri Paus untuk membuka Pintu Suci Basilika Sto Petrus dan memberi perutusan kepada para kardinal untuk membuka pintu-pintu suci pada tiga basilika yang lain.

Mengenai Pintu Suci
Paus Fransiskus mengatakan bahawa, “Pada hari Pintu Suci akan menjadi Pintu Belas Kasihan di mana semua orang akan melewatinya, akan mengalami cinta kasih Tuhan yang selalu menghibur, mengampuni dan memberikan harapan.

Pintu melambangkan sebuah laluan: dari dosa kepada penebusan, dari kematian kepada kehidupan, dari tidak percaya kepada percaya dan banyak lagi. Yesus juga menyatakan diri- Nya sebagai Pintu. Umat harus melalui Kristus agar dapat datang kepada Bapa. Pintu adalah laluan kepada penyelamatan.

Melewati Pintu Suci Dengan melewati Pintu Suci sahaja, tidak bermakna semua dosa akan dihapuskan.

“Pintu-pintu suci bukanlah pintu magika. Kita harus memahami, mengalami dan memperoleh indulgensi, umat sebagai penziarah harus melakukan Sakramen Pengakuan sekerap mungkin, menyertai perayaan Suci Ekaristi, berdoa untuk intensi Bapa Suci, Gereja dan seluruh dunia.

“Kita harus memahami bahawa berjalan melalui Pintu Belas Kasihan menandakan keinginan atau ketulusan kita untuk mengasihi, meninggalkan kegelapan dan cara hidup lama ke kehidupan baru melalui Kristus iaitu Pintu yang membawa kita kepada Bapa yang amat berBelas Kasihan.









Total Comments:0

Name
Email
Comments