Melindungi dasar iman melalui keluarga, komuniti dan Paroki

Misa Krisma di Keuskupan Melaka-Johor diadakan di Gereja Our Lady od Guadalupe, Krubong pada 9 April. Lebih 1,500 umat menghadiri Misa ini yang diselebrankan oleh Uskup Bernard Paul, Uskup Emeristus Paul Tan, pada paderi, diakon dan religius.

Apr 19, 2019

MELAKA: Misa Krisma di Keuskupan Melaka-Johor diadakan di Gereja Our Lady od Guadalupe, Krubong pada 9 April. Lebih 1,500 umat menghadiri Misa ini yang diselebrankan oleh Uskup Bernard Paul, Uskup Emeristus Paul Tan, pada paderi, diakon dan religius.

Uskup Bernard menyampaikan homilinya dengan menggunakan powerpoint dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris. Prelats itu memulakan homilinya dengan memaparkan tematema pada Misa Krisma yang lalu. 4EPriests, 4E Parish, 4E Diocese, 4E Church (2016), Try To Be A Little Kinder (2017), Earthen Vessel, Sweet Fragrance (2018) dan “Return & Rebuild” ( 2019).

Uskup Bernard menerangkan bahawa tema pada tahun ini dipetik daripada pesan Nabi Nehemiah. Nehemiah dalam bab 2 ayat 17 mengatakan, “Kamu lihat kemalangan yang kita alami, yakni Yerusalem telah menjadi reruntuhan dan pintu-pintu gerbangnya telah terbakar. Mari, kita bangun kembali tembok Yerusalem, supaya kita tidak lagi dicela.”

Uskup Bernard menerangkan bahawa ketika Nehemiah berada dalam buangan di Babilon, dia bercita-cita untuk kembali membangunkan Yerusalem. Oleh itu, Uskup Bernard menyeru umat, “seperti Nehemiah yang memulihkan dan membangunkan kembali kota Yerusalem yang runtuh, kita juga harus melakukan perkara yang sama. Kita harus menjaga perkara asas yang amat penting bagi kita iaitu kehidupan peribadi, keluarga, komuniti, paroki dan Gereja kita.”

Roh Tuhan memberi kita apa yang membina dan melindungi asas-asas untuk melindungi sistem. Kita mesti berdoa untuk tindakan yang betul seperti yang dilakukan Nehemiah — iaitu rancangan Tuhan.

Uskup Bernard menambah, “kita harus membina bersama Tuhan, bukan membina mengikut hati dan perasaan kita sendiri. Untuk fokus kepada tenaga, usaha dan wang bagi membina bangunan — memagar, memulih ...bukan membina perkara-perkara tidak penting. Jadi, KEMBALI MEMBANGUN sebelum musuh mengalahkan hidup kita.”

Selepas Misa Krisma, umat, para paderi dan Bapa Uskup berkumpul bersama untuk majlis persaudaraan.

Total Comments:0

Name
Email
Comments