Membangkitkan iman demi pewartaan Berita Baik

Sebuah kursus penginjilan yang diadakan setiap minggu selama empat bulan telah bermula di Keuskupan Melaka Johor.

Oct 05, 2018

MELAKA: Sebuah kursus penginjilan yang diadakan setiap minggu selama empat bulan telah bermula di Keuskupan Melaka Johor.

Kursus ini adalah susulan dari pelaksanaan KEP (Kursus Evangellisasi Peribadi) atau Training Course (TC) untuk melahirkan tenaga pengajar bagi Kursus Evangelisasi Peribadi.

Peserta yang mendaftar dalam kursus ini, diharuskan lulus ujian bertulis Kursus Evangelisasi Peribadi (KEP) sebelum diperbolehkan mengikuti kursus TC ini. Seramai 16 orang peserta yang telah lulus dalam ujian bertulis dan temuduga serta layak untuk melanjutkan ke tahap selanjutnya.

Pembukaan kursus ini diadakan dalam misa Pembukaan yang dipimpin oleh Bapa Uskup Bernard Paul di Chapel St. James pada 10 Ogos.

Bapa Uskup menekankan bahawa para peserta mesti melalui keakraban dengan Tuhan sendiri secara terus menerus agar dapat menceritakan dan menjadi saksi-saksi Khabar Baik yang sesungguhnya.

KEP sudah dilaksanakan pada tahun 2017, TC ini adalah sebagai susulan sambutan yang hangat daripada peserta yang telah melaksanakan Kursus Evangelisasi Peribadi (KEP) angkatan dua.

Pada ketika ini, pengajar KEP masih didatangkan dari Indonesia terutama dari Keuskupan Bogor, namun dengan bermulanya TC ini, peranan tenaga pengajar dari Indonesia akan sedikit demi sedikit dikurangkan bagi memberi peluang kepada tenaga pengajar tempatan untuk berdikari serta yakin dalam mengendalikan kursus yang sama.

TC ini dijadualkan selesai pada bulan Disember 2018, dan akan diakhiri dengan retret Pengutusan oleh Bapa Uskup.

Diharapkan 16 orang pengajar KEP ini boleh membantu dalam pelaksanaan KEP untuk angkatan ke-tiga pada bulan Januari 2019 di Keuskupan Melaka Johor.

Mari mendoakan agar para calon pengajar ini untuk tabah mengikuti kursus ini sehingga selesai.

Sebagai Ko-ordinator KEP, kami ucapkan berbanyakbanyak terima kasih kepada Bapa uskup Bogor, Indonesia, Msgr Paskalis Bruno Syukur, Paderi Paroki Kristus Raja Serang, Indonesia, Father Stefanus Maria Sumardiyo Adipranoto dan Ko-ordinator Pengajar KEP Gereja Kristus Raja Serang Indonesia, Bapak Yakobus Ngadinun di atas kemurahan hati serta komitmen mereka dalam membantu proses Kursus Evangelisasi Peribadi (KEP) 1, KEP 2 sehingga pelaksanaan TC 1 ini.

Terima kasih juga kepada Bapa Uskup Bernard Paul dan para Paderi Paroki di seluruh Keuskupan Melaka Johor yang mengizinkan dan membantu dalam pelaksanaan KEP dan TC ini. — Antoniius Toni WWS

Total Comments:0

Name
Email
Comments