Memulihkan Gereja harus bermula dengan keluarga

Memulihkan Gereja harus bermula dengan keluarga

Aug 31, 2018

DUBLIN, Ireland: Dalam menghadapi cabaran dan ancaman terhadap keluarga, Gereja harus berusaha meneladani Keluarga Kudus, yang bersinar merentasi kegelapan, kata Kardinal Oswald Gracias dari Bombay.

“Di tengah-tengah ancaman hebat terhadap nilai-nilai keluarga, dan pada institusi keluarga itu sendiri, Keluarga Kudus menonjol seperti cahaya yang terang dan bersinar,” ujar kardinal pitu pada 22 Ogos lalu semasa menyampaikan homili beliau semasa Perhimpunan Keluarga Sedunia di Dublin.

“Model keluarga yang patut kita contohi pada hari ini ialah Keluarga Kudus dari Nazaret iaitu Yesus, Maria dan Yosef.”

Memperingati hari tersebut sebagai Hari Besar Maria Ratu Syurgawi, Gracias berkata bacaan Injil pada hari tersebut iaitu tentang Pewartaan Khabar Gembira kepada Perawan Maria adalah perkhabaran paling penting dari semua sejarah iaitu sejarah penyelamatan.

Prelatus itu menjelaskan bahawa jawaban “Ya” oleh Maria merupakan permulaan Keluarga Kudus dari Nazaret, dan mengundang umat Katolik untuk merenungkan bahawa mereka adalah anggota kepada dua buah keluarga iaitu keluarga sendiri di rumah, dan keluarga rohani Gereja.

Kardinal itu menegaskan bahawa kita adalah kepunyaan kepada kedua-dua keluarga itu. Kita bekerja keras untuk pertumbuhan dan perkembangan masing-masing. Keduaduanya berhubung rapat. Sejak kebelakangan ini, Gereja memang mempunyai banyak cabaran, tetapi Gereja adalah anda dan saya,” katanya.

“Kita adalah Gereja. Kita perlu berdiri bersama Sri Paus Fransiskus untuk mengukuhkan Gereja, untuk menjadikan Gereja seperti yang dimaksudkan Yesus sebagai: replika Keluarga Kudus Nazareth. Apabila keluarga semakin berbuah, maka Gereja dipanggil untuk menjadi berbuah, menyebarkan Berita Baik kepada anggota baru,” katanya.

Kardinal Gracis memetik kata-kata Paus Fransiskus dalam Amoris Laetitia, yang memanggil Gereja sebagai “keluarga kepada para keluarga,” kata Gracias sambil menekankan bahawa misi pada akhir pertemuan global itu ialah untuk kembali ke tempat masing-masing dengan semangat untuk menguatkan Gereja dan memperkasa kerasulannya.

Kardinal itu kemudiannya merujuk kepada Konsili Vatikan II bahawa dua kualiti keluarga ialah cinta kasih dan buah-buah yang baik yang amat diperlukan dalam membina masyarakat masa kini. Katanya, Gereja harus dipulihkan dan ia harus bermula dengan keluarga! — CNA/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments