Menangani pergelutan seksualiti dengan bijak

Seksualiti terletak betul-betul bersebelahan dengan naluri kita dan ia sentiasa hadir dalam kehidupan kita.

Nov 11, 2016

Kita semua, tidak kira jantina, mempunyai kuasa seksualiti yang kuat dan memiliki keistimewaan masing-masing, inilah sebahagian daripada rencana Tuhan dan alam semula jadi.

Seksualiti terletak betul-betul bersebelahan dengan naluri kita dan ia sentiasa hadir dalam kehidupan kita.

Penulisan rohani biasanya cenderung untuk menjadi naif dalam hal ini dan menyangkal tentang kuasa seksualiti. Seksualiti tidak dibincangkan dengan teliti malah ditolak serta dianggap faktor yang tidak penting dalam perjalanan iman.

Tetapi seksualiti tidak mudah dihindari. Walaupun kita cuba menyangkalnya tetapi kita akan sentiasa dapat merasainya, secara sedar atau tidak sedar. Di dalam hal ini, alam semula jadi kelihatan sungguh kejam, terutama bagi kaum muda.

Seksualiti memenuhi tubuh seorang remaja dengan hormon-hormon yang kuat sebelum emosi serta intelektualnya matang sepenuhnya untuk memahami serta menggunakan tenaga itu dengan kreatif.

Kekejaman alam atau anomali, adalah dalam bentuk berikut: Ia memberikan seseorang itu tubuh dewasa tetapi minda dan pemikirannya belum lagi dewasa sepenuhnya. Bagi kanak-kanak yang sudah ‘bertubuh’ dewasa, seksualiti banyak memberi bahaya kepada fizikal dan moral kanakkanak tersebut.

Di samping itu, hal ini bertambah buruk akibat kebiasaan manusia masa kini yang mencapai akil baligh pada usia yang muda tetapi lambat berkahwin.

Situasi ini sudah biasa berlaku pada hampir semua budaya di mana seorang gadis atau pemuda yang mencapai akil baligh pada usia 11 atau 12 tahun tetapi berkahwin hanya dua puluh tahun atau lebih kemudian.

Ini menimbulkan persoalan penting: Bagaimana emosi dan moral seksualiti mereka dalam tahuntahun tersebut? Apa yang terjadi kepada mereka semasa bergelut dengan seksualiti dan dalam masa yang sama, kekal setia kepada perintah- perintah Tuhan?

Memang diakui, sifat alam semula jadi seolah-olah amat kejam di sini, tetapi ia mempunyai jawabannya sendiri.

Sifat semula jadi yang utama ialah membawa kita semua memasuki ‘kolam’ genetik dan semua hormon yang kuat mula mengalir ke dalam tubuh kita pada masa remaja di mana aliran itu memanaskan emosi kita kerana ia mempunyai matlamat yang sama — sama ada seksualiti mahupun sifat alam semula jadi, kedua-duanya mahu kita berbuah dan beranakpinak, meneruskan hidup dan spesis kita sendiri.

Sifat semula jadi di sini mencetuskan pergelutan dalam diri kita: Pada setiap tahap peribadi kita (fizikal, emosi, psikologi, dan rohani) terdapat sebuah tekanan, iaitu sejenis tarikan seksual yang membawa kita kepada ‘kolam’- genetik itu.

Jadi apabila anda melihat seorang lelaki muda atau gadis yang sedang bergelut dengan seksualitinya, bersimpati dan fahamilah mereka bahawa anda juga pernah melalui tahap itu, sifat alamiah sedang cuba membawanya ke ‘kolam’ genetik itu. Ia adalah sebuah proses semula jadi dan setiap kelemahannya akan dibantu oleh campur tangan Tuhan.

Sudah tentu menuju ke arah ‘kolam’ genetik tidak bermaksud mendapatkan anak sahaja, ia membawa maksud yang amat mendalam, ia juga mengandungi perintah yang tertulis di dalam diri kita yang mungkin telah diabaikan kerana menghadapi beberapa cabaran psikologi dan moral.

Terdapat cara lain untuk mempunyai anak meskipun sikap kita tidak mudah menerimanya. Biasanya, kita mahukan anak daripada darah daging sendiri. Namun, seksualiti yang mekar, hidup generatif, memberikan bentuk hidup yang lain. Kita semua pernah mendengar slogan ini: Dapatkan anak. Tanam pokok. Tulis buku.

Terdapat banyak cara yang berbeza untuk memasuki 'kolam' genetik dan semua kita tahu bahawa ada orang-orang tertentu yang walaupun tidak memiliki anak sendiri, tidak menulis buku apatah lagi menanam sepohon pokok tetapi mereka adalah lelaki dan wanita generatif.

Mereka adalah orang-orang yang mengambil kaul selibat dan kaul itu adalah berdasarkan kebenaran tersebut. Sesungguhnya, seksualiti juga mempunyai dimensi rohaniah yang berkuasa. Tetapi, dengan mengakui hal ini, kita tidak boleh bersikap naif kepada kebenaran ini.

Cara menghadapi kuasa seksualiti yang berat dan kasar ialah melalui akar tunjang psikologi dan pergelutan moral kita. Ini mempunyai banyak penyamaran tetapi tekanan itu selalunya mempunyai niat yang sama. Alam dan Tuhan terus memberikan tekanan kepada kita agar kita memasuki ‘kolam’ genetik iaitu untuk selalu terbuka pada kehidupan kita agar melakukan sesuatu yang lebih besar dan sentiasa menyedari hakikat bahawa menjalin hubungan intim dengan orang lain, alam semula jadi dan Tuhan adalah matlamat kita yang sebenar. Bukan sesuatu yang menghairankan apabila seksualiti kita begitu hebat sehingga ia mendorong kita untuk berkasih sayang dengan seluruh dunia. Bukankah ini matlamat sejati kita? Dalam masa yang sama, seksualiti juga memporakperandakan kehidupan umat Gereja.

Pada hari ini, bukan lagi satu rahsia bahawa salah satu sebab utama mengapa ramai orang muda, malah setiap peringkat usia, tidak lagi rajin ke gereja. Ini ada kena mengena dengan pergelutan mereka dengan seksualiti dan persepsi mereka bagaimana gereja menanggapi keadaan mereka.

Pandangan saya di sini bukanlah bermaksud, kita dan Gereja harus menukar hukum mengenai seks, tetapi kita harus melakukan beberapa perkara terlebih dahulu:

Pertama, kita harus lebih realistik dalam menyedari dan menghormati kuasa besar seksualiti di dalam hidup kita dan mengintegrasikan kerumitan seksualiti itu di dalam hidup rohani kita.

Kedua, kita harus menjadi jauh lebih empati dan peka terhadap isu-isu pastoral khususnya mereka yang bergelut dengan seksualiti mereka.Seksualiti adalah sebuah 'api' yang suci. Ia berasal dari Tuhan dan berada di mana-mana, kehadirannya amat kuat wujud di dalam penciptaan. Ia tidak seharusnya disangkal dalam pertumbuhan hidup rohani kita.--Fr Ron Rolheiser @ Hakcipta Terpelihara 1999-2016

Total Comments:0

Name
Email
Comments