Mengapa saya memilih menjadi pengikut Yesus?

Selepas dibaptis, saya amat bersyukur kerana dapat mer- ayakanEkaristi bersama keluar- ga dan berazam akan terus aktif dalam pelayanan gereja.

May 03, 2019

Keluar dari keegoan dan mengalami Paskah
Sebelum saya mengenali Yesus suka membuang masa dan tidak ada hala tuju dalam hidup. Kadang-kadang saya ke Gereja tetapi sekadar suka-suka.

Saya terpanggil untuk bertaubat dan saya telah meny- ertai kelas Inisiasi Kristian Dewasa (IKD) pada pertenga- han tahun 2014. Dorongan suami dan ibu membuat saya terbuka menjadiKatolik.

Di samping itu, saya juga mempunyai keinginan kuat untuk berubah demi keluarga dan untuk mengenali Tuhan Yesus dengan lebih akrab. Perjalanan iman dalam IKD banyak membimbing dan mem- bentuk peribadi saya. Contohnya dahulu saya cepat marah namun sekarang saya lebih bersikap tenang dan sabar.

Saya men- jalani proses IKD yang agak lama, iaitu selama lima tahun kerana pelbagai rintan- gan. Salah sat- unya ialah Katekis Pembimbing kami jatuh sakit menyebabkan kelas kami tertangguh. Saya hampir berputus asa, namun terdapat kerinduan yang dalam pada diri saya untuk lebih men- genali Tuhan Yesus maka saya tetap sertai IKD.

Selepas dibaptis, saya amat bersyukur kerana dapat mer- ayakanEkaristi bersama keluar- ga dan berazam akan terus aktif dalam pelayanan gereja. —Sarinah Lubungan, St. Alphonsus Ulu Kukut, Kota Belud

Cahaya Kristus  menembusi kegelapan hati ku 
Dahulu saya seorang penganut Seventh Day Adventist (SDA).Pada tahun 2018, saya terbuka hati untuk menyertai kelas Inisiasi Kristian Dewasa kerana tertarik dengan cara umatKatolik berdoa, cara mereka memuji Tuhan serta ada dorongan dalam diri saya untuk mengetahui kisah penyelamatan Yesus Kristus.

Pendorong utama saya untuk menganut Katolik ialah suami dan keluarga. Semasa mengikuti kelas IKD, pada awal tahun 2018 saya disahkan mengan- dung dan oleh kerana alahan mengandung, saya mengalami kesukaran untuk bela- jar. Pada hujung bulan November 2018 saya melahirkan dan ter- paksa menangguhkan pelajaran sehingga saya habis pantang. Tetapi semasa dalam pantang, saya tetap bertanya kepada rakan-rakan dan pembimbing IKD ten- tang pelbagai persoalan agama.

Selepas dibaptis, menerima Komuni dan diberi Penguatan, saya berasa amat lega dan gembira. Saya gembira kerana sudah melepasi satu langkah dalam men- genali Tuhan Yesus dan semoga, selepas ini, saya semakin didorong untuk mem- perdalamkan doa dan pelayanan. — Elviana Jasmol, Kota Belud

Hidup diubah oleh Ekaristi 
Saya, Danniel Jack David, berusia 35 tahun, telah berkahwin dengan seorang wanita yang hebat iaitu Helvianah bte Jinol. Kami mempunyai tiga orang anak dan saya bekerja di kawasan Kepong, Kuala Lumpur.

Saya memilih nama baptis ‘Daniel’ yang juga adalah nama asal saya yang bermak- sud “Tuhan adalah hakimku.” Sejujurnya, dahulu saya tidak pernah pun terfikir untuk men- jadi penganut Katolik. Atas nasihat dan dorongan isteri saya, saya mengkuti kelas Inisiasi Kristian Dewasa (IKD) di Gereja Kristus Cahaya,Kepong.

Pada hari pertama menyer- tai kelas itu, saya berasa gelisah dan takut kerana sela- ma 35 tahun ini, saya tidak pernah masuk dalam Gereja Katolik. Saya takut akan ditolak atau disisihkan. Tetapi ternyata, Tuhan itu sangat Penyayang dan menerima sesiapa sahaja yang mahu mengenal Dia.

Semasa pertama kali mema- suki Gereja dan merayakan Misa Kudus, saya berasa ‘sejuk’ dan merasai kehadiran
Tuhan yang hidup. Sejak itu, saya mulai bertungkus lumus untuk menghadiri kelas IKD dan Misa

Saya mengucapkan terima kasih kepada Uncle Tony, Sr Mary, Miss Angeline,Mr Paul dan Father Allan yang tidak pernah jemu membimbing saya menjadi Katolik yang baik. — Daniel Jack David, Gereja Kristus Cahaya, Kepong, Kuala Lumpur

Ketakutan diubah jadi sukacita 
Pada mulanya, saya tidak pernah terfikir untuk men- genali agama Katolik. Meskipun saya pernah mengikuti rakan-rakan saya menghadiri Misa dan pernah menyertai kelas Inisiasi Kristian Remaja, namun semuanya hanya separuh jalan.

Hati saya terbuka kembali untuk mengenal Yesus dan menyertai kelas Inisasi Kristian Dewasa di Gereja Kristus Cahaya, Kepong. Pada mulanya, semasa menyertai kelas ini, saya berasa takut. Setelah beberapa lama, saya
sedari yang saya telah banyak berubah. Syukur Tuhan kerana men- erangi akal budi saya untuk mengenal Sepuluh PerintahTuhan, cara membaca Alkitab dan siapa itu Yesus dan banyak lagi. Saya amat berteri- ma kasih kepada rakan-rakan dan guru-guru yang banyak membimbing saya. — Norecia Pattie Joseph,Chapel Kristus Cahaya, Kepong, KL

Sedia memikul Salib keluarga ..
Sejak berkahwin dan mempunyai anak, saya dan suami tidak pernah ke gereja kerana saya pen- ganut bukan Katolik. Ibu mer- tua saya yang selalu ke Gereja selalu berdoa untuk kami.

Selain itu, salah seorang saudara saya yang aktif dalam kumpulan Karoling, selalu berharap saya dan keluarga datang ke gereja untuk meng- hadiri Misa, dan memberitahu bahawa kerajaan syurga sudah dekat.

Apabila anak-anak semakin membesar, mereka rajin mengikuti nenek mereka ke gereja. Melihat kesungguhan anak- anak itu ke gereja, ibu mertua saya mengesyorkan agar mereka mengikuti kelas Pertemuan Minggu Gembira (PMG). Kemudian apabila anak bongsu saya menginjak usia empat tahun, dia mahu bersembahyang di gereja.

Dari situ, saya selalu mengikuti aktiviti yang diadakan di gereja St Dominic. Walaupun saya dan anak-anak belum dibaptis, tetapi umat Katolik di sini amat mengalu-alukan kami.

Semasa dibaptis pada malam Paskah lalu, apa yang boleh saya gambarkan keadaan saya pada ketika itu ialah, seperti dalamLukas 15: 7 “Aku berkata kepadamu: Demikian juga akan ada sukacita di syurga kerana satu orang berdosa yang bertobat, lebih dari pada sukacita kerana sembilan puluh sembilan orang benar yang tidak memerlukan perto- batan.” — Vianney Tseu Li Fong, Chapel St Dominic, Tambulion, Kota Belud, Sabah

Sedia melayani bersama Kristus
Hati saya melonjak kegembiraan ker- ana telah menerima tiga Sakramen Inisasi. Sebelum dibaptis, saya telah mengikuti kelas Inisiasi Kristian Dewasa (IKD) tanpa paksaan dan rela hati saya mengenali agama Katolik.

Saya menyertai IKD disebabkan mukjizat daripada mimpi. Mungkin, ia adalah tanda panggilan daripada Tuhan untuk saya menerima ajaran agama Katolik.

Buah-buah dari kelas IKD yang saya nikmati antaranya perubahan sikap dan anjakan paradigma.

Saya berterima kasih kepada Kat.Alicia Sipail kerana sudi membimbing saya dan rakan-rakan dalam kelas IKD di Chapel St Theresa Avila. Banyak cabaran yang saya tempuhi sepanjang mengikuti kelas seperti menghafal doa-doa, cara berdoa
yang betul dan penerimaan ajaran katolik. Walaupun ada kesukaran tetapi saya tidak berundur dari keputusan saya untuk dibaptis. Saya percaya RohKudus selalu menyertai.

Setelah setahun saya mengikuti kelas IKD dan akhirnya dibaptis, hati saya gembira tidak terperi. Semoga Tuhan sen- tiasa memberkati saya untuk terus men- dalami ajaran Katolik. — Mariana Bt Surandoi, Chapel St Theresa Avila, Kota Belud

Perjumpaan dengan Tuhan sangat mengasyikkan
Dilahirkan dalam keluarga yang beragama Buddha, dan tiada seorang pun ahli keluarga yang menganut agama Kristian tetapi sejak di sekolah rendah lagi, hati saya sudah terbuka untuk ingin menganuti agama Katolik. Disebabkan usia yang masih muda, ibu bapa saya tidak mengizinkan kerana bagi mereka saya hanya dipen- garuhi oleh kawan-kawan saya. Begitu juga ketika di seko- lah menengah, mereka tetap tidak mengizinkan. Saya tetap dengan pendirian untuk mahu menjadi Katolik.

Ketika berusia 19 tahun, saya mengikuti saudara yang jauh untuk ke gereja tanpa penge- tahuan ibu bapa. Lama-kela- maan ibu bapa saya menge- tahui hal tersebut tetapi kali ini, mereka menyokong saya.

Selama menjadi seorang IKD, saya berdepan dengan pelbagai masalah khususnya pengurusan masa. Ketika saya mula menjejak kaki ke gereja, saya telah tamat Tingkatan Enam dan ketika itu saya merupakan seorang atlet yang mewakili Sabah.

Ini menyebabkan jadual saya padat. Namun, saya tetap bertekun untuk menghabiskan IKD. Kemudian, pada bulan September, saya telah meneri- ma surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di UMS. Meskipun begitu, saya masih meneruskan pembela- jaran IKD saya dengan Katekis Zita.

Dalam perjalanan saya untuk dibaptis, saya telah melalui banyak perkara yang menyebabkan saya menjadi lebih dekat dengan Tuhan. Ada orang lain yang membu- ruk-burukkan saya, tetapi Tuhan itu sangat Adil.

Perbuatan orang itu tidak menjauhkan saya daripada Tuhan malah semakin mendekatkan saya pada-Nya. Kelas IKD juga telah banyak menyentuh saya. Salah satun- ya, saya belajar untuk memaafkan walaupun pihak yang salah tidak meminta maaf daripada saya.

Saya juga mulai sedar untuk menghargai apa yang dimiliki, segala bakat, kelebi- han dan kekurangan.

Saya sangat bersyukur ker- ana mempunyai ibu bapa yang sangat menyokong saya dan kepada keluarga penanggung kerana sudi membantu saya dalam perjalanan iman menja- di Katolik serta kepada semua yang telah banyak membimb- ing dan membantu saya. — Janet Lim, St Edmund,Kota Belud

Dia memampukan saya untuk mengatasi segala halangan 
Dahulu, saya tidak tahu apa-apa tentang agama Kristian, apatah lagi Yesus. Tetapi, anehnya, Yesus muncul dalam mimpi saya sebanyak dua kali.

Mimpi itu sangat luar biasa dan sukar dilupakan. Pertama kali saya bermimpi akan Yesus ketika belajar di kolej. Dalam mimpi itu, saya meli- hat satu cahaya yang sangat terang, rambut dan pakaian yang menyerupai Yesus serta tanda Salib. Saya tahu itu Yesus kerana saya pernah melihat gambar-Nya.

Kali kedua saya bermimpi tentang Yesus ialah semasa hamil. Kali ini, dalam mimpi saya, Yesus bercakap bahawa Dia akan menyelamatkan saya dari kejahatan.

Saya per- nah menyer- tai kelas Inisiasi Kristian Dewasa, tetapi saya tidak serius pada ketika itu. Kini, saya bersyukur kerana suami senti- asa mendorong saya untuk mengenal Yesus dan saya juga mahu anak saya mengenal Sang Juruselamat. Kini saya gembira, kerana saya, suami dan anak, bersama-sama bela- jar memperkukuhkan iman dan pengetahuan kami tentang ajaran agama Katolik dan menjalin hubungan akrab den- gan Yesus. — Stella Anak Juling, Gereja Kristus Cahaya, Kepong 

Total Comments:0

Name
Email
Comments