Mengenal penghalang sukacita dan komunikasi dalam keluarga

Buat julung kalinya Komisi Pelayanan Hidup Keluarga dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Masyarakat menganjurkan program “Sukacita Dalam Kasih Keluarga” pada 21-22 Sept lalu di Kapela St. Joseph Nangoh.

Nov 10, 2019

TELUPID: Buat julung kalinya Komisi Pelayanan Hidup Keluarga dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Masyarakat menganjurkan program “Sukacita Dalam Kasih Keluarga” pada 21-22 Sept lalu di Kapela St. Joseph Nangoh. 

Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada ibubapa serta anakanak mengenai peranan, mengenal elemen-elemen penghalang komunikasi dalam keluarga serta memupuk nilai-nilai murni dalam keluarga.

Program dimulakan dengan upacara Pentakhtaan Alkitab dan sesi suai kenal.

Puan Eva dalam sesi pertama mengupas tajuk “Kesan Media Sosial" bahawa ketagihan  gajet bukan sahaja di kalangan generasi muda tetapi turut membabitkan orang dewasa. Ini menyebabkan  waktu bersama keluarga banyak dihabiskan dengan melay an telefon. Eva menyeru agar setiap keluarga mengawal penggunaan teknologi komunikasi bagi menggelakkan keruntuhan institusi keluarga.”

Sdra Cesar Siruno seterusnya membincangkan sesi “Penggunaan Bahan Berbahaya: Dadah, Alkohol dan Rokok”  bahawa “apabila seseorang dalam kemurungan atau kesepian memilih semua bahan yang berbahaya ini seb agai “selimut atau ubat” itu membuatkan anda menjadi lebih teruk.”

Pn. Helena Salati dalam sesi “Komunikasi dan Peranannya dalam Keluarga”  menggalakkan para peserta menyenaraikan beberapa cadangan  bagaimana memperbaiki komunikasi dalam hubungan.  Sesi “Cabaran Keluargaku Dalam dan Luar Negeri” oleh En Gabriel Bali menekankan  bahawa komunikasi dalam keluarga sangat penting untuk mengelak keraguan dan salah faham.

Pada hari kedua, program dimulakan dengan doa pagi dan sesi perdamaian di mana semua ahli keluarga saling berdamai dengan membawa lilin sebagai tanda cahaya dan harapan. Kemudian, para peserta menyertai Misa Kudus yang dipimpin oleh Fr  Jasery.

“Tujuan perkahwinan dan kekeluargaan berasal dari rencana Tuhan. Semasa Ekaristi kita sudah melalui Perjamuan Syurgawi tetapi peringkat terakhir ialah di Syurga bersama Anak Domba” ujar Fr Jasery yang turut merayakan ulang tahun kepaderian yang ke-15 pada hari tersebut.

Setelah Misa Kudus, para peserta mengisi borang penilaian  diikuti jamuan tengahari dan sesi perkongsian sebelum bersurai.

Total Comments:0

Name
Email
Comments