Mengharungi kesengsaraan tanpa kehilangan kewarasan

Semasa menulis di dalam journal beliau di dalam keadaan yang kecewa dan patah hati, Henri Nouwen telah menulis katakata ini, “Cabaran yang hebat dialami ialah mengharungi hidup dengan hati yang terluka bukannya memikirkan kelukaan itu.

Mar 04, 2016

Semasa menulis di dalam journal beliau di dalam keadaan yang kecewa dan patah hati, Henri Nouwen telah menulis katakata ini, “Cabaran yang hebat dialami ialah mengharungi hidup dengan hati yang terluka bukannya memikirkan kelukaan itu. Lebih baik menangis daripada berasa risau, lebih baik merasai kelukaan itu daripada memahaminya, lebih baik membiarkan kelukaan itu berbicara di dalam keheningan daripada bercakap mengenainya.”

Selalunya, anda memilih sama ada menghadapi kelukaan itu dengan akal fikiran atau hati anda. Sebahagian daripada kita memahami dengan jelas apa yang Henri Nouwen katakan meskipun sebahagian lagi di dalam diri kita menolak nasihat beliau.

Ada beberapa bahagian di dalam diri kita yang tidak mahu menangis, tidak mahu merasai kelukaan itu tidak mahu mendiamkan kesengsaraan itu dan tidak mahu kelukaan itu disimpan di dalam hati.

Maka, apa yang berlaku, di dalam keadaan patah hati dan seng sara, kita bertambah marah dan terganggu, kita bergelut untuk memahami, meluahkan dan bercakap kepada orang lain tanpa henti dan cuba menyelesaikan masalah itu dengan akal fikiran daripada membiarkan sahaja kepedihan itu dirasai di dalam hati kita.

Cara ini tidak salah. Namun nasihat Nouwen mempunyai kebijaksanaannya tersendiri.

Bagi mereka yang mahu mengikuti nasihat Nouwen, terdapat beberapa tambahan lagi di dalam nasihat beliau.

Nouwen, adalah seorang yang amat berbakat atau dianugerahkan dengan bakat khusus pengetahuan tentang perkara-perkara berkaitan kejiwaan.

Maka apa yang beliau maksudkan dengan pernyataan tadi ialah belajar menerima kekecewaan hati meskipun ia sangat menyakitkan. Menerima kesengsaraan dengan akal fikiran sebenarnya lebih mudah.

Kita menyangka kita tidak akan dapat keluar daripada kesengsaraan tetapi banyak berkat yang kita terima melalui sikap menerima ini. Kita menghadapi kesakitan dengan akal fikiran dan menghalang airmata penyembuhan di dalam hati kita dengan memberikan pelbagai alasan, menyalahkan orang lain, tidak mengakui kesengsaraan itu berpunca dari diri sendiri, menyangkal ketidakupayaan, kelemahan dan kekurangan kita sendiri.

Kita semua mempunyai banyak sebab mengapa kita menafikan semua kelemahan kita.

Antaranya, semakin kita bersikap waras dan sensitif, kita akan lebih mengalami kesakitan hati yang lebih memedihkan. Semakin kita bersikap jujur, semakin kita tahu akan keterbatasan kita dan ketidakupayaan kita.

Semakin kita bermurah hati dan kudus, semakin kita menyedari dosa dan penipuan kita. Maka, nasihat Nouwen sesungguhnya memotivasikan kita, ia mempunyai unsur cabaran yang sihat: Ketika kita tersungkur disebabkan oleh kekecewaan dan kehancuran hati, kita tidak harus menafikan kesakitan itu dan tidak seharusnya menyangkal kesengsaraan itu.

Menafikan kelukaan hati yang mendalam menjadikan kita degil dan pemarah. Namun, sekiranya kita menghadapi kelukaan mendalam dan kesengsaraan itu dengan kerendahan hati, ia akan ‘mengeluarkan’ sejenis airmata yang melembutkan dan menyentuh hati kita.

Airmata adalah air masin yang mengingatkan kita akan zat air dari lautan asli dari mana kita berasal. Airmata menghubungkan kita dengan dengan asal usul kita dan membolehkan ‘air kehidupan baik’ mengalir semula di dalam diri kita. Lagipun apabila kita menerima kesengsaraan di dalam hati kita, apabila kita mengakui sejujurnya kelemahan dan ketidakupayaan kita, akhirnya Tuhan dapat memenuhi kita dengan kekuatan. Mengapa?

Hanya apabila kita bertelut di dalam ketidakupayaan kita, hanya ketika kita berputus asa dengan kekuatan kita, barulah Tuhan dapat mengutus malaikat-Nya untuk menguatkan kita, sama seperti Tuhan menghantar malaikat untuk menguatkan Yesus semasa Dia sengsara di Taman Getsmani.

Pada suatu malam, beberapa bulan sebelum kematiannya, Martin Luther King menerima ancaman bunuh melalui panggilan telefon.

Ancaman ini pernah diterimanya sebelum ini tetapi pada malam itu, tiba-tiba sahaja perasaan takut menghantuinya dan melemahkan semangatnya. Semua ketakutan itu menyerangnya sekaligus. Berikut merupakan luahan katakata beliau mengenai apa yang berlaku selepas itu. Saya bangun dari katil dan berjalan mundar mandir.

Akhirnya saya ke dapur dan memanaskan seteko kopi. Saya sudah bersedia untuk meninggalkan segalagalanya. Dengan secawan kopi yang berada di hadapan saya tanpa di sentuh, saya cuba memikirkan bagaimana untuk melepaskan diri tanpa kelihatan seperti si pengecut.

Di dalam keadaan yang letih dengan semua keberanian yang saya ada telah menghilang, saya mengambil keputusan untuk menyerahkan semua masalah saya kepada Tuhan.

Dengan menadahkan tangan sambil menundukkan kepala, saya berdoa dengan kuat. Kata-kata yang saya ucapkan kepada Tuhan pada tengah malam itu masih segar di dalam ingatan saya. “Saya di sini mahu mempertahankan tentang apa yang saya percaya adalah betul. Tetapi sekarang saya sangat takut. Orang ramai mencari saya untuk memimpin mereka dan sekiranya saya tidak kuat, mereka juga akan jatuh.

Saya berada di pengakhiran kuasa saya. Saya tidak mempunyai apa-apa yang tinggal. Saya berada di tahap yang saya tidak boleh hadapi semua ini seorang diri. Pada masa itu, saya telah mengalami kehadiran Ilahi yang tidak pernah saya rasakan selama ini.”

Trevor Herriot pernah menyatakan, hanya selepas kita mengalami tempoh ‘gersang’ di dalam hidup kita, barulah malaikat dapat datang dan membantu menguatkan kita. Sebab itulah, adalah lebih baik merasai kelukaan kita daripada memahami dan lebih baik menangis daripada berasa risau. -- Oleh Fr Ron Rolheiser @ Hakcipta terpelihara 1999- 2016

Total Comments:0

Name
Email
Comments