Merebahkan diri ke dalam debu ... menunggu ... berdoa

Kadang-kadang apa yang boleh kita lakukan hanyalah merebahkan diri ke dalam debu dan menunggu. Nasihat yang dipetik dari Kitab Ratapan ini mungkin bukanlah jawapan terbaik untuk menjawab pembongkaran penderaan seksual yang dilakukan oleh klerus dan perbuatan-perbuatan itu disembunyikan oleh Gereja Katolik Romawi.

Sep 07, 2018

Kadang-kadang apa yang boleh kita lakukan hanyalah merebahkan diri ke dalam debu dan menunggu. Nasihat yang dipetik dari Kitab Ratapan ini mungkin bukanlah jawapan terbaik untuk menjawab pembongkaran penderaan seksual yang dilakukan oleh klerus dan perbuatan-perbuatan itu disembunyikan oleh Gereja Katolik Romawi.

Tetapi, bagi saya, inilah satu-satunya sahutan yang saya ada sebagai imam Katolik Roman hari ini. Di luar daripada doa, saya raguragu untuk menjawab mengenai situasi semasa ini kerana tiga sebab.

Keraguan pertama saya ialah mempunyai kaitan dengan perasaan bahawa sia-sia sahaja meminta maaf dan menyatakan kekesalan atas hal ini.

Sejak laporan mengenai penderaan seksual dan perbuatan salah laku seksual disembunyikan itu terbongkar serta disiarkan di media-media di Pennsylvania beberapa minggu lalu, ramai yang meminta maaf, dari setiap Paroki, setiap imam di Amerika, termasuk daripada Sri Paus sendiri. Walaupun permintaan maaf ini sesungguhnya ikhlas, tidak menyalahkan mana-mana pihak dan memberi tumpuan kepada mangsa, ada sebahagian besar perkara yang tidak diterima dengan baik.

Lebihlebih lagi bila ada ramai orang yang mengatakan, “Apa baiknya ini semua sekarang ini? Di manakah anda ketika ini semua berlaku?” Pada umumnya, permintaan maaf akan disahut atau dibalas dengan kata-kata sindiran, sinis dan kemarahan daripada memaafkan. Tetapi, adalah lebih baik dan penting untuk meminta maaf, meskipun saya tidak pasti, apakah dengan menambah permohonan maaf dapat membantu meringankan kes ini.

Keraguan saya yang kedua berpunca daripada fakta bahawa terdapat banyak kemarahan dan kesedihan di sekitar masalah ini sekarang bahawa kata-kata, tidak dapat meringankan kepedihan. Hal ini tidak sama seperti memberitahu seseorang yang baru kematian orang yang dikasihi “dia berada di tempat yang lebih baik”.

Kata-kata itu tidak salah, tetapi saat ini terlalu 'sakit' untuk mendengar kata-kata penghiburan. Ini hanya akan berkesan setelah beberapa lama. Dan itulah keadaan sekarang; kita berada dalam tempoh kemarahan berdarah dan kesedihan gelap.

Ini sebenarnya adalah emosi yang sama (ada orang yang beremosi keras dan yang lain lembut) dan sebagainya bagi orang-orang yang berhadapan dengan pendedahan penderaan seksual di kalangan klerus dan perbuatan menyembunyikan kes tersebut, permohonan maaf, mungkin hanya perlu diberikan pada masa yang sesuai.

Pada masa ini, ia masih dalam keadaan terluka untuk mendengar permohonan maaf.

Dan, rasa berat hati saya yang terakhir ialah: Sebagai seorang imam yang mengambil sumpah selibat, dengan sedihnya saya amat menyedari pada masa sekarang bahawa saya bukanlah dalam situasi yang layak untuk bercakap tentang ini. Mangsa bercakap daripada kedudukan keistimewaan moral, mereka sangat benar, suara-suara mereka membawa kuasa tambahan; tetapi mereka yang berdiri secara simbolik yang berkaitan dengan pelaku, termasuklah saya, saya faham jika saya dipandang atau didengar dengan syak wasangka.

Saya terima itu. Bagaimana mungkin ia sebaliknya? Pada momen yang sangat berat ini, apakah kuasa autoriti yang boleh saya buat mengenai isu ini? Apakah ia permintaan maaf saya?

Tetapi, apa yang tetap akan saya lakukan, meskipun ia mungkin hanya diterima dengan perasaan ragu-ragu oleh pihak lain, saya tetap mahu mengemukakan permohonan maaf: Sebagai imam Katolik Roman, saya ingin secara terbuka mengatakan bahawa apa yang berlaku di gereja dari segi salah laku seks oleh klerus dan perbuatan menutupi kes-kes itu oleh hierarki adalah tidak dapat dimaafkan, sangat berdosa, telah merosakkan ribuan nyawa, ia tidak dapat ditarik balik, dan memerlukan ganti rugi radikal dari segi menjangkau para korban dan mendorong perubahan struktur di gereja untuk memastikan bahawa ini tidak akan berlaku lagi. Biarkan saya menambah sesuatu yang lain: Pertama, sebagai imam Katolik Roman, saya tidak memisahkan diri saya dengan menempatkan diri saya jauh daripada mereka yang melakukan kesalahan dengan menyatakan: “Mereka bersalah dan saya tidak!” Salib Yesus tidak membenarkan perbuatan melarikan diri sedemikian.

Yesus disalibkan di antara dua orang pencuri. Dia tidak bersalah, tetapi kedua-dua pencuri itu ada kesalahan; namun Yesus tidak membantah disalibkan besama dua orang berdosa itu dan mereka yang melihat tiga salib hari itu tidak membezakan antara yang tidak bersalah dan yang bersalah. Salib semuanya dicat dengan berus yang sama.

Ada kalanya seseorang tidak membantah tidak bersalah. Sebahagian daripada misi Yesus, seperti liturgi kita, adalah "menjadi dosa bagi kita", berisiko untuk bersikap tidak bersalah bercampur dengan rasa bersalah dan dianggap sebagai dosa untuk membantu membawa kegelapan dan dosa kepada orang lain. Di luar permintaan maaf kita, kita semua, para klerus dan umat beriman adalah sama, kita dijemput untuk melakukan sesuatu untuk gereja sekarang, iaitu, membantu membawa skandal ini seperti yang dilakukan Yesus.

Dengan memisahkan diri kita secara moral daripada dosa ini, bukanlah cara Yesus dan salib. Seperti Maria yang berdiri di bawah salib, kita tidak boleh menuduh, melemparkan kemarahan dan dendam pada pihak-pihak tertentu.

Sebaliknya, seperti Maria, kita mesti melakukan satu-satunya perkara yang dapat kita lakukan iaitu berdiri berhadapan dengan akibat dosa, iaitu, biarkan postur kita, seperti Maria, bercakap dengan mendalam melalui suara yang tenang, tanpa dendam dan kemarahan bahawa, “Hari ini, saya boleh tidak hentikan kegelapan ini, tiada siapa yang boleh.

Terkadang kegelapan mempunyai tempoh masanya yang tersendiri. Tetapi saya boleh menghentikan beberapa dosa dan kepahitan pada saat ini dengan menerimanya, bukan menjauhkan diri atau membalasnya dengan kejahatan!” Kadang kala kegelapan ada waktunya, dan kita pengikut Yesus, diharapkan tidak mementingkan diri dengan menjauhkan diri kita daripada masalah ini, menuding jari pada pihak yang bersalah sebaliknya membantu masalah ini, meskipun bukan kita yang melakukannya, dengan menyerap serta memahaminya. -- Hakcipta Terpelihara @ Fr Ron Rolheiser 1999-2018

Total Comments:0

Name
Email
Comments