Mini Tamu Solidariti galak umat bermurah hati

Perkataan ‘Mini Bazar’, ‘Bazar Ria’ dan lain-lain kini tidak akan digunakan lagi kerana ia lebih berunsur duniawi dan harus ditukar dengan perkataan ‘Mini Tamu Solidariti’ yang lebih membawa nilai rohani.

Jun 08, 2018

KENINGAU: Perkataan ‘Mini Bazar’, ‘Bazar Ria’ dan lain-lain kini tidak akan digunakan lagi kerana ia lebih berunsur duniawi dan harus ditukar dengan perkataan ‘Mini Tamu Solidariti’ yang lebih membawa nilai rohani.

Hal ini dijelaskan oleh Pengerusi Komuniti Umat Katolik, Zon Minawo, Sdra Sanjos Kilip semasa Mini Tamu Solidariti di KUK St Yohanes Rasul Bomboi pada 27 Mei lalu.

Sdra Sanjor memetik penerangan tersebut daripada Fr Rudolf Joanes, salah seorang Paderi yang melayani di Katedral St Francis Xavier dan juga Pengarah Pusat Pastoral Keuskupan Keningau.

Mini Tamu Solidariti telah mendapat sambutan menggalakkan daripada umat. Ia terlebih dahulu dimulakan dengan upacara Ibadat Sabda yang dipimpin oleh Katekis Patrick Marius.

Tujuan mengadakan Mini Tamu Solidariti bertujuan mengumpul dana untuk memagari kawasan Dewan Terbuka Keluarga Kudus Kg.Bomboi.

Majlis tidak lupa menjemput Pengerusi Zon, Sdra Kenneth Mahingil untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mini Tamu Solidariti tersebut. Selain mengucapkan tahniah atas penganjuran Mini Tamu Solidariti, Pengerusi Zon memberi penghargaan kepada umat di zon itu yang murah hati serta mengajak mereka untuk saling terbuka, dan menyumbang seikhlasnya.

Mini Tamu Solidariti diakhiri dengan doa oleh Katekis Patrick pada jam 6.30 petang dan diteruskan dengan acara Rancangan suka-suka. — Tadius Kilip

Total Comments:0

Name
Email
Comments