Misa Krisma di Katedral St Joseph, Kuching

Misa Krima yang secara tradisinya dirayakan di seluruh Keuskupan pada hari Khamis Putih, terpaksa ditangguhkan pada tahun ini akibat pandemik coronavirus.

Nov 14, 2020

KUCHING: Misa Krima yang secara tradisinya dirayakan di seluruh Keuskupan pada hari Khamis Putih, terpaksa ditangguhkan pada tahun ini akibat pandemik coronavirus. Di Keuskupan Agung Kuching, buat pertama kalinya, ia dirayakan bersama para klerus, tanpa kehadiran fizikal umat pada 29 Oktober 2020. Misa itu disiarkan secara langsung dari Katedral St Joseph.

Krisma atau 'khrsma' dari bahasa Yunani bermakna 'pengurapan'. Semasa Misa Krisma ini, uskup memberkati tiga minyak–minyak Katekumenat (oleum catechumenorum atau oleum sanctorum), minyak Pengurapan orang sakit (oleum infirmorum) dan minyak Krisma (sacrum chrisma) – yang akan digunakan dalam pelayanan  sakramen di seluruh keuskupan selama setahun.

Semasa Misa Krisma ini juga, para paderi memperbaharui lafaz janji mereka semasa mereka ditahbis. Semua  Paderi akan hadir untuk memperbaharui komitmen mereka bersama Bapa Uskup.

Namun disebabkan oleh PKPB, hanya beberapa orang paderi sahaja yang dapat menghadirinya. Hadirin yang datang juga tidak melebihi 20 orang, mereka mewakil umat awam, religius, paderi dan uskup. Uskup Agung Simon Poh memohon maaf kepada para Katekumen yang dijadualkan untuk dibaptis namun terpaksa ditangguhkan lagi kerana bandaraya Kuching telah diisytiharkan sebagai zon merah. Prelatus itu menyakinkan para calon baptis bahawa ritus Inisiasi itu akan disempurnakan sebaik sahaja keadaan pulih.

Bapa Uskup Agung juga menjelaskan kepentingan tiga Minyak Suci yang diberkati dalam Misa tersebut. Katanya melalui minyak-minyak suci itu mengurapi kita ketika dibaptis, diteguhkan  dalam Sakramen Penguatan dan diminyaki ketika sakit yang menandakan kita mempunyai misi imam, nabi dan raja. 

Dalam menghadapi gelombang ketiga Covid-19, Uskup Agung Poh menyeru umat dan paderi agar yakin serta percaya bahawa Tuhan, yang telah memanggil dan mengurapi kita mempunyai misi untuk kita dan berjalan bersama kita hingga akhir waktu.

Mari kita menjadi saksi Yesus dan menyebarkan ajaran Injil-Nya dengan berani serta beriman yang dikuatkan oleh Roh Kudus.

Uskup Agung Poh mengucapkan terima kasih kepada semua umat di atas doa mereka kepada para klerus. "Roh Tuhan telah diberikan kepada kita; Dia telah mengurapi kita dan mengutus kita untuk melakukan misi-Nya. Yakinlah dan percayalah kepada Dia," kata Uskup Agung Poh pada akhir Misa. — Sumber Today's Catholic

Total Comments:0

Name
Email
Comments