MP Muslim tegaskan Alkitab Bahasa Melayu bukan ancaman Islam

Alkitab bahasa Melayu seharusnya tidak dianggap sebagai ancaman kepada kepercayaan umat Islam sebaliknya dianggap sebagai cara mereka memahami agama lain, kata seorang backbencher di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini.

Nov 14, 2019

GEORGE TOWN, 4 Nov: Alkitab bahasa Melayu seharusnya tidak dianggap sebagai ancaman kepada kepercayaan umat Islam sebaliknya dianggap sebagai cara mereka memahami agama lain, kata seorang backbencher di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini.

Norlela Ariffin (PKR - Penanti) berkata beliau telah mengadakan sesi untuk umat Islam dengan jabatan agama di mana mereka telah ditunjukkan versi bahasa Melayu Alkitab dan al-Quran untuk perbandingan.

"Kita tidak mahu umat Islam mempunyai ketakutan hanya kerana menyentuh sebuah kitab yang dianggap menyebabkan mereka murtad, ini tidak benar," katanya semasa memperdebatkan perbahasan ketua pembangkang negeri Datuk Muhamad Yusoff Mohd Noor (BN -Sungai Dua) di Dewan Undangan Negeri hari ini.

"Mereka boleh membandingkan dan melihat kedua-dua kitab dan alQuran dan mereka akan menyedari perbezaan anta ra kedua-dua bahan agama," katanya.

Norlela berkata adalah lebih baik bagi umat Islam untuk memahami agama lain dan untuk mereka mengetahui tentang kitab agama lain termasuk kitab suci Hindu dan Buddha.

"Kita hidup dalam masyarakat pelbagai budaya, penting bagi kita untuk memahami satu sama lain, untuk mengetahui lebih banyak tentang agama masing-masing," katanya.

Norlela mengatakan bahawa beliau telah menganjurkan sesi serupa untuk bukan Islam, malah di dalam kuil, bagi mereka  untuk lebih memahami Islam sejak tahun 2017.

"Kita tidak mahu orang Melayu dan Muslim dilihat takut kepada agama lain lebih-lebih lagi kita hidup dalam masyarakat pelbagai budaya, di mana orangorang sekeliling kita terdiri daripada kaum lain dan agama lain," katanya.

Norlela mengungkapkan kebimbangannya terhadap kemungkinan gabungan Umno dan PAS yang akan meningkatkan rasa perkauman akibat sentimen parti-parti tersebut.

"Mereka akan terus mencetuskan isu-isu perkauman, mereka akan menakut-nakutkan orang ramai dan mencipta pembahagian kaum, tolong jangan lakukan ini," desar Norlela.

Terdahulu, Yussof telah mencadangkan undangundang dibuat untuk menghukum mereka yang mengedarkan alkitab kepada golongan Islam dan memasukkan orang Islam dalam doa-doa Kristian.

Dia mendakwa bahawa alkitab bahasa Melayu pernah diagihkan kepada sekolah-sekolah di Pulau  Pinang dan memberi amaran bahawa ia boleh menjadi masalah besar.

Terdapat satu enakmen terhadap ini di semua negeri kecuali Pulau Pinang, Perlis dan Wilayah Persekutuan jadi kita perlu mempertimbangkan memperkenalkan rang undangundang ini di sini, " katanya.

Kemudian, di luar Dewan, Norlela berkata terdapat banyak ketakutan yang dibuat berkaitan isu bible sehingga dia menganjurkan sesi "rahsia" untuk umat Islam dan bukan Islam bagi membantu kedua-dua kumpulan memahami antara satu sama lain.

Beliau berkata sesi-sesi demikian kerap dianjurkannya bagi bertujuan meyakinkan umat Islam bahawa mereka adalah majoriti, tiada siapa yang boleh menimbulkan ancaman kepada mereka.

Ujarnya apabila umat Islam diperlihatkan Kitab Suci dan membuat pemahaman agama lain, ia akan menghilangkan ketakutan mereka.--sumber Malaymail

Total Comments:0

Name
Email
Comments