Muda mudi Chapel St John anjur “Jualan Garaj”

Muda mudi Chapel St John anjur “Jualan Garaj”

Sep 28, 2018

TELUPID: Pada 4 Ogos 2018 yang lalu, Kerasulan Belia Katolik chapel St. John, telah mengadakan sebuah program “Jualan Garaj” di perkarangan chapel mereka, di Kampung Telupid.

Program yang diinisiatifkan oleh Pengerusi KBK St. John, iaitu Sdra Maldinew Elixius mendapat sambutan ramai.

KBK St. John yang diterajui oleh Sdra Maldinew adalah sebuah komuniti yang kini semakin bertumbuh, bukan sahaja dari segi jumlah malah dalam pertumbuhan iman.

Ditubuhkan pada tahun 2017, beberapa hari sebelum chapel St. John dirasmikan pada April 2017, Sdra Maldinew merasakan bahawa belia di chapel berkenaan perlu dikumpulkan semula untuk menjalankan pelayanan.

Meskipun baru berusia 16 pada ketika itu, Maldinew menghadapi cabaran dengan tabah demi menghimpunkan rakanrakan sebaya dan seiman.

Pelaksanaan Program Jualan Garaj yang lancar adalah hasil kesatuan kaum muda chapel St John. Program ini turut mendapat sambutan daripada umat stasi luar.

Antara kekangan yang terbesar dihadapi oleh ahli jawatankuasa pelaksana program ini ialah peruntukan kewangan. Proses publisiti dan juga promosi hanya dapat disebar melalui media sosial seperti aplikasi WhatsApp, Facebook, Instagram, dan sebagainya. Namun, Roh Kudus telah bekerja dan program yang dirancang dapat diteruskan. Jualan Garaj ini bermatlamat mengumpulkan dana bagi tabung belia. Para belia di sini selalu berhadapan dengan kekangan kewangan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti belia yang dianjurkan sama ada di peringkat chapel, paroki, atau Keuskupan.

Maka program ini telah menjadi aspirasi mereka untuk memastikan para belia ini berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti luar.

Program Jualan Garaj ini juga dijadikan sebagai program tahunan belia apatah lagi mendapat sokongan daripada Pengerusi KUK, Pemimpin Ibadat, dan juga Rektor Paroki .

Total Comments:0

Name
Email
Comments