Nilai warisan dan moral anda amat berharg

“Hubungan persahabatan yang terjalin antara Takhta Suci dan Jepun sudah lama termateri,” ujar Sri Paus Fransiskus ketika memulakan ucapannya kepada pihak berwajib, masyarakat madani dan pegawai diplomatik. Uskup Roma itu menggambarkan hubungan ini sebagai "berakar dalam penghargaan dan kekaguman yang dirasakan oleh misionari pertama di Jepun.”

Nov 30, 2019

TOKYO: “Hubungan persahabatan yang terjalin antara Takhta Suci dan Jepun sudah lama termateri,” ujar Sri Paus Fransiskus ketika memulakan ucapannya kepada pihak berwajib, masyarakat madani dan pegawai diplomatik. Uskup Roma itu menggambarkan hubungan ini sebagai "berakar dalam penghargaan dan kekaguman yang dirasakan oleh misionari pertama di Jepun.”

Sri Paus merujuk kepada seorang misionari Yesuit, Alessandro Valignano, "yang pada tahun 1579 menulis: 'Barangsiapa yang ingin melihat apa yang telah dikurniakan oleh Tuhan kepada manusia hanya perlu datang ke Jepun untuk melihatnya'".

Sangti Papa juga mengimbas kembali  tema lawatannya: Melindungi semua kehidupan, bahawa dalam mengakui martabat manusia yang tidak boleh dilanggar dan kepentingan untuk menyokong  saudarasaudari kita dalam apa jua keperluan".

"Kami tahu bahawa pada akhirnya, kesopanan negara atau rakyat diukur dengan perhatian yang diberikan terhadap mereka yang memerlukan dan keupayaannya untuk menghasilkan dan mempromosi kehidupan".

Sri Paus kemudian menjelaskan bahawa beliau bukan setakat berada di Jepun untuk meneguhkan iman orang Kristian tetapi juga "meminta maaf dan mengundang semua orang yang baik untuk menggalak kan dan mempromosikan setiap cara yang diperlukan untuk  menghentikan supaya kemusnahan yang dihasilkan oleh bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, agar ia  tidak akan pernah berlaku lagi dalam sejarah manusia."

Beliau menambah bahawa sejarah telah membuktikan bahawa dialog  sudah cukup untuk menyelesaikan konflik, menggambarkannya sebagai "satu-satunya senjata yang layak bagi manusia dan kedamaian untuk memastikan keamanan yang kekal".

Merujuk kepada sukan Olimpik dan Paralimpik yang akan datang diadakan pada tahun hadapan di Jepun, Sri Paus menggunakan contoh "semangat Olimpik” sebagai   penyumbang keharmonian, keadilan, perpaduan dan perdamaian yang merupakan mortar pembangunan keamanan ".

Bercakap mengenai "budaya yang berharga" di Jepun, Fransiskus  menegaskan bahawa "selama berabad-abad sejarahnya", Jepun telah dapat membangun dan memelihara "nilai-nilai moral dan agama yang mendalam yang bercirikan kebudayaan kuno ini".

Hubungan baik antara pelbagai agama bukan hanya penting untuk masa depan keamanan, tetapi juga untuk melatih generasi sekarang dan masa depan untuk menghargai prinsip-prinsip etika. -- media Vatikan 

Total Comments:0

Name
Email
Comments