Orang-orang yang menantikan TUHAN mendapat kekuatan baharu

Untuk Melayani Sesama, Catholic Student Group (CSG) dari Universiti Malaysia Sabah telah menganjurkan program online “CSG Youth Camp (CYC) 2021” pada 16-17 Jan dan 23-24 Jan melalui aplikasi Zoom.

Feb 06, 2021

KOTA KINABALU: Untuk Melayani Sesama, Catholic Student Group  (CSG) dari Universiti Malaysia Sabah telah menganjurkan program online “CSG Youth Camp (CYC) 2021” pada 16-17 Jan dan 23-24 Jan melalui aplikasi Zoom.

Program ini bertujuan untuk membawa para peserta memperbaharui semangat pelayanan mereka dalam melayani sesama di samping memberi ruang kepada para peserta untuk mengembangkan dan mempersembahkan talenta masing-masing.

Sesi pertama yang dibawa dalam program CYC ialah sesi “How do I Listen? How do I Speak Out?” yang disampaikan oleh Cherlanne Patrick dari organisasi bukan kerajaan Youth-Prep Centre yang berfokus kepada pemerkasaan kanak-kanak, belia dan wanita.

Charlenne menjelaskan sekiranya berlaku komunikasi yang tidak berkesan, kadang kala seseorang individu itu akan merasa sukar untuk mencapai matlamat, mempunyai persekitaran atau hubungan yang tidak sihat dan kurang keyakinan diri.

Lanjutan daripada itu, dia juga turut memberikan tips untuk menjadi pendengar yang efektif dan untuk menyuarakan sokongan dengan efektif.

Crietel Eviany Philip, Koordinator Belia & Kampus dari Diosis Penang, dalam sesi “My Youth Service”  mengongsikan erti pelayanan sebagai belia Katolik.

Crietel membawa para peserta untuk bersama-sama merenung maksud pelayanan dalam diri masing-masing melalui petikan Alkitab seperti Yohanes 3:16, “Kerana begitu besar kasih Tuhan akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang percaya kepada-Nya tidak binasa,  melainkan beroleh hidup yang kekal”, iaitu pelayanan Yesus di dunia dan mengaitkannya dengan tujuan pelayanan dalam diri masing-masing.

Program CYC ini turut mengadakan pelbagai acara menarik seperti Virtual Campfire dan Online Concert.

Di dalam acara Virtual Campfire, barisan penganjur yang terdiri daripada Production Team telah mengadakan sesi Live Busking untuk menghidupkan suasana  Campfire Night melalui aplikasi Zoom yang juga turut disertai dengan perkongisan daripada alumni.

Sementara itu, acara Online Concert turut menampilkan persembahan daripada sepuluh kumpulan CYC Family yang terdiri daripada peserta program. Pelbagai persembahan menarik seperti Short Film, Virtual Choir, Fashion Show, Sign Language, dan tarian telah menyerikan lagi malam Online Concert pada hari terakhir CYC. 

Diharapkan program ini berhasil memberikan input yang bermakna kepada para peserta khususnya dalam memperbaharui semangat pelayanan mereka di era pandemik ini serta mendorong mereka untuk terus menggunakan talenta mereka di masa hadapan.

Perkongsian daripada peserta: "Program CYC telah mengubah cara saya untuk melihat dunia. Dunia yang saya lihat sekarang ialah dunia yang dipenuhi oleh cinta kasih Tuhan.

"CYC telah memberikan peneguhan kepada saya dalam pelbagai aspek terutamanya dari sesi perkongsian dan persembahan. Walaupun persembahanpersembahan yang ditunjukkan itu menghiburkan, menyedihkan, mahupun yang biasa-biasa sahaja, namun saya masih dapat melihat sesuatu yang saya boleh renungkan dari persembahanpersembahan tersebut." – Francesca Joseph

"Program CYC ini membina talenta dalam diri kita. Dalam masa yang singkat, saya melihat bahawa banyak orang menjadi lebih terbuka dalam berinteraksi terutama pada masa yang kritikal dalam era kita menghadapi COVID-19." – Anonymous — Tim Dokumentasi Program CYC

Total Comments:0

Name
Email
Comments