Orang yang percaya kepada-Nya adalah keluarga Tuhan

Petikan Injil pada minggu ini sering digunakan pihak lain untuk menyerang keperibadian Yesus yang dituduh tidak bersikap hormat pada ibu-Nya dan menunjukkan bahawa Yesus mempunyai saudara yang ertinya Maria mempunyai anak selain Yesus.

Jun 08, 2018

HARI MINGGU BIASA KE-10
TAHUN B
KEJJADIIAN 3:9-15;
2 KORIINTUS 4: 13-5,1
IINJJIIL MARKUS 3: 20-35

Petikan Injil pada minggu ini sering digunakan pihak lain untuk menyerang keperibadian Yesus yang dituduh tidak bersikap hormat pada ibu-Nya dan menunjukkan bahawa Yesus mempunyai saudara yang ertinya Maria mempunyai anak selain Yesus.

Tidak usah marah atas kenyataan sedemikian. Lebih baik kita mendalami makna akan ucapan Yesus yang menjelaskan siapa yang dimaksud ibu dan saudara-Nya.

Petikan Markus 6:3, Luk 8:19-21 atau juga Mat 12:46-50, memang berjudul: Yesus dan sanak saudara- Nya. Bahkan dalam Mat 13:55 dan Mrk 6:3 disebutkan nama saudarasaudara- Nya itu iaitu: Yakobus, Yoses, Yudas dan Simon.

Oleh itu ramai orang menyangka bahawa Yesus mempunyai saudarasaudara kandung, atau ertinya Bonda Maria mempunyai anakanak lain selain Yesus. Namun tentu ini tidak benar!

Di dalam Alkitab, istilah “saudara” dipakai untuk menjelaskan banyak erti. Kata "saudara" memang dapat bererti saudara kandung, namun dapat juga bererti saudara seiman (Kis 21:7), saudara sebangsa (Kis 22:1), ataupun kerabat, seperti pada kitab asli bahasa Ibrani yang mengatakan Lot sebagai saudara Abraham (Kej 14:14), padahal Lot adalah keponakan Abraham.

Jadi untuk memeriksa apakah Yakobus dan Yusuf itu adalah saudara Yesus, kita melihat kepada ayat-ayat yang lain, iaitu ayat Matius 27:56 dan Markus 15:40, yang menuliskan nama-nama perempuan yang 'melihat dari jauh' ketika Yesus disalibkan. Mereka adalah Maria Magdalena, Maria ibu Yakobus dan Yusuf, dan ibu anakanak Zebedeus (Mat 27:56); atau Maria Magdalena, Maria ibu Yakobus Muda, Yoses dan Salome (Mar 15:40).

Maka di sini, Kitab Suci menunjukkan bahawa Maria ibu Yakobus ini tidak sama dengan Bonda Maria. Maria ibu Yakobus dan Yoses (Yusuf) dicatat dalam Alkitab sebagai salah satu wanita yang menyaksikan penyaliban Kristus (Mt 27:56; Mk 15:40) dan kubur Yesus yang kosong/ kebangkitan Yesus (Mk 16:1; Lk 24:10). Mungkin yang paling jelas adalah kutipan dari Injil Yohanes, yang menyebutkan bahawa yang hadir dekat salib Yesus adalah, Bonda Maria, saudara Bonda Maria yang juga bernama Maria yang adalah isteri Klopas, dan Maria Magdalena (Yoh 19:25).

Jadi di sini jelaslah bahawa Maria (saudara Bonda Maria) ini adalah isteri Klopas/ Kleopas, yang adalah juga ibu dari Yakobus dan Yoses. Kesimpulannya, Yakobus dan Yoses ini bukanlah saudara kandung Yesus.

Petikan Luk 8:19-21, Mat 12:46- 50, Mrk 3:31-35, juga sering disalah ertikan bahawa Yesus menolak ibu- Nya sendiri di hadapan umum. Pengertian ini juga tentu keliru. Kalau kita saja tahu bahawa perbuatan menyangkal orang tua adalah perbuatan dosa, maka terlebih lagi Tuhan Yesus. Dia tidak akan pernah menyangkal Ibu-Nya sendiri. Mari kita membaca lagi ayat yang dimaksudkan. Bonda Maria dan para saudara Yesus mencari-Nya pada saat Dia mengajar.

“Orang memberitahukan kepada- Nya, ‘Ibu-Mu dan saudara-saudara- Mu ada di luar dan ingin bertemu dengan Engkau.” Tetapi Dia menjawab mereka, “Ibu-Ku dan saudara-saudaraKu ialah mereka yang mendengarkan firman Tuhan dan melakukannya.” (Luk 8:20-21, lih. Mat 12:49-50, Mrk 3: 32-35)

Di sini Yesus juga tidak bermaksud menghina ataupun menyangkal ibu-Nya dan saudara-saudara-Nya. Sebaliknya Yesus mengajar bahawa barangsiapa yang melakukan kehendak Bapa-Nya adalah anggota keluarga- Nya dalam kerajaan Tuhan. Maka yang Yesus ajarkan adalah keutamaan agar seseorang melakukan kehendak Tuhan. Dengan demikian ungkapan ini bermaksud sebagai pujian kepada Bonda Maria, sebab Yesus mengakui bahawa Bonda Maria pertama- tama adalah seseorang yang melakukan kehendak Tuhan.

Perhatikanlah juga bahawa pada saat menjelaskan, Yesus menggunakan kata “ibu” dalam bentuk tunggal, sehingga ertinya ialah Yesus justeru memuji Ibu-Nya sendiri sebagai pelaku Firman, dan bukannya mengatakan bahawa semua pelaku Firman adalah ibu- Nya, sebab jika demikian Dia seharusnya menggunakan kata “ibuibu -Ku.”

Dan tentu ini menjadi tidak masuk akal, sebab memang Ibu Yesus hanya satu, iaitu Bonda Maria, dan ia menjadi Ibu Yesus, pertama-tama kerana ia mendengarkan firman Tuhan dan taat melaksanakannya (lih. Luk 1: 38).

Ketaatan Maria kepada kehendak Bapa inilah yang menyatukannya dengan Kristus melebihi daripada hubungan darah.

Maka ayat di atas tidak untuk diertikan bahawa Yesus menyangkal ibu-Nya, melainkan untuk mengatakan bahawa Bonda Maria layak untuk dihormati bukan saja kerana ia telah melahirkan Yesus tetapi kerana dia pertamatama mentaati kehendak Tuhan.

Satu kebenaran firman Tuhan yang mengatakan bahawa bagi orang-orang yang percaya kepada Yesus maka mereka adalah satu keluarga ...ya ... kita adalah satu keluarga kerana kepercayaan kita kepada Yesus ! — katolisita

Total Comments:2

Name
Email
Comments
Johanes Suhartojo [email protected]
Terimakasih atas penjelasannya, saya jadi paham sekarang.., ternyata ini channel punya nya orang Katolik juga yaa.., Salve, Berkah Dalem
Johanes Suhartojo [email protected]
Terimakasih atas penjelasannya, saya jadi paham sekarang.., ternyata ini channel punya nya orang Katolik juga yaa.., Salve, Berkah Dalem