Pakistan keluarkan wang syiling mengenang jasa seorang biarawati

Pakistan mengeluarkan sebuah koin untuk mengenang Ruth Katherina Martha Pfau, seorang biarawati dan doktor yang berasal dari Jerman, yang mendedikasikan hidupnya untuk membanteras penyakit lepra.

May 18, 2018

KARACHI: Pakistan mengeluarkan sebuah koin untuk mengenang Ruth Katherina Martha Pfau, seorang biarawati dan doktor yang berasal dari Jerman, yang mendedikasikan hidupnya untuk membanteras penyakit lepra.

Dikenal sebagai “Ibu Teresa dari Pakistan,” Suster Pfau meninggal di usia 87 tahun pada Ogos 2017 setelah menghabiskan waktu 57 tahun di negara itu. Beliau dimakamkan layaknya seorang negarawan, suatu hal baru bagi seorang wanita Kristian di negara berpenduduk majoriti Muslim tersebut.

Sr Pfau lahir di Leipzig pada 1929. Beliau tiba di Karachi pada 1960 dalam perjalanan menuju India dan menjadi relawan untuk para pesakit kusta. Beliau juga merupakan anggota Serikat Puteri Hati Maria.

Gabenor Bank Pakistan, Tariq Bajwa dan Duta Besar Jerman untuk Pakistan, Martin Kobler merasmikan pelancaran wang syiling tersebut di kantor pusat Bank Pakistan di Karachi.

Sr Pfau adalah lambang devosi, komitmen dan pelayanan bagi Pakistan. Dengan segala usaha beliau yang tidak mengenal penat, Pakistan kini menjadi satu dari sejumlah negara Asia pertama yang menekan penyakit kusta.

Sumbangan Sr Pfau diakui masyarakat dan negara malah mendapat penghargaan Hilali- Imtiaz, Nishan-e-Quaid-i- Azam dan Hilal-i-Pakistan. — ucanews.com (digunakan dengan izin)

Total Comments:0

Name
Email
Comments