Panggilan untuk meringankan salib mereka yang menderita

“Kita tidak seharusnya bersedih atau berk- abung kerana Yesus akan bangkit daripada kematian- Nya!” seru Uskup Julius Dusin Gitom sempena Ibadat Jumaat Agung pada 19April.

May 03, 2019

SANDAKAN: “Kita tidak seharusnya bersedih atau berk- abung kerana Yesus akan bangkit daripada kematian- Nya!” seru Uskup Julius Dusin Gitom sempena Ibadat Jumaat Agung pada 19April. Lebih 700 umat Katolik memenuhi Gereja St. Mark pada Ibadat Jumaat Agung pada jam 3.00 petang.

Terlebih dahulu, pada sebe- lah pagi, telah diadakan pros- esi Jalan Salib.

Dalam homilinya, Ibadat Jumaat Agung bukan hanya tertumpu kepada Salib Yesus tetapi juga salib diri kita mas- ing-masing. Kita mempunyai salib yang berlainan dalam kehidupan yang akan ditemui sepanjang hayat kita.

“Tetapi,” ujar Uskup Julius, “Bagaimana siap kita meneri- ma, menanggung salib itu? Sikap yang sukar dilakukan ialah menerima, memikul dan mencintai salib itu. Melalui salib Yesus, maka terjadilah kekuatan, kebahagiaan dan Yesus telah mendapat kemuli- aan. Tidak ada kemuliaan sekiranya tiada salib.”

Prelatus itu menerangkan, seperti Yesus yang menerima salib-Nya walau sengsara, Dia telah beroleh kemuliaan. Yesus akan membahagikan kemuliaan itu, kekuatan iman kepada kita itu sekiranya kita mencintai salib itu. Melalui cinta kita terhadap salib, maka iman kita dikuatkan.

Kata Bapa Uskup lagi, “kita datang kepada salib Yesus, menghormati salib-Nya, sam- bil kita mengingati salib-salib kita dan renungkan bagaimana kita menerima salib kita sela- ma ini.

“Adakah kita boleh meringankan salib di antara sesama kita? Meringankan salib dalam keluarga, komuni- ti, melalui tugasan-tugasan di komuniti kita?”

Tegas Bapa Uskup, “Apabila kita datang untuk menghormati dan mencium salib Yesus, kita juga menci- um salib kita.

Marilah kita memohon agar Yesus menguatkan hati dan iman kita untuk mencintai salib kita masing-masing.” — Rogina Sining

Total Comments:0

Name
Email
Comments