PBB kecam polis guna ular ketika soal siasat

Penggunaan seekor ular besar oleh polis untuk menakut-nakutkan seo- rang pemuda Papua semasa proses soal siatat adalah tanda “pola kekerasan yang melu- as,” terhadap orang Papua, demikian kata ahli panel PBB.

Mar 08, 2019

JAKARTA: Penggunaan seekor ular besar oleh polis untuk menakut-nakutkan seo- rang pemuda Papua semasa proses soal siatat adalah tanda “pola kekerasan yang melu- as,” terhadap orang Papua, demikian kata ahli panel PBB.

Mereka menyeru agar per- buatan menghina itu dita- matkan segera dalam menan- gani pelanggaran HAM (Hak Asasi Manusia) dan perlunya penuntutan terhadap siapapun yang terlibat.

Desakan itu muncul susulan video viral pada awal bulan lalu yang memperlihatkan polis  menggunakan seekor ular untuk menakut-nakutkan seorang pemuda Papua semasa proses interogasi.

Dalam video itu, pemuda itu – yang ditangkap kerana disyaki mencuri telefon bim- bit — kelihatan menjerit-jerit ketakutan manakala petugas polis menertawakannya.

Para panel PBB men- gatakan bahawa kasus terse- but mencerminkan “pola kek- erasan yang meluas dan kaedah soal siasat yang setara dengan penyeksaan.”

“Taktik ini sering digu- nakan terhadap warga asli Papua dan pembela hak asasi manusia,” kata mereka dalam sebuah pernyataan pada 21 Februari.

Terbaharu, pihak polis yang melakukan perbuatan itu telah dikenal pasti dan meminta maaf di atas kekasaran tin- dakan mereka. Mereka juga telah dikenakan tindakan di atas tindakan mereka yang diselar oleh orang ramai seba- gai “kejam dan berbau perkauman.”

Father John Djonga yang juga aktivis hak asasi manusia dan telah bekerja selama 40 tahun di desa-desa Papua, mengatakan bahawa tindakan demikian tetap berterusan dalam pelbagai bentuk sejak bertahun-tahun lamanya. “Kelihatannya tidak ada perubahan yang akan segera terjadi,” kata Fr John. —ucanews.com 

Total Comments:0

Name
Email
Comments