Pelajar kampus temui sesuatu yang baru di HWK-21

Seramai empat orang peserta mewakili Keuskupan Sandakan telah menyertai program Hari Warga Kampus yang ke-21 (HWK-21).

Nov 10, 2019

KOTA?KINABALU: Seramai empat orang peserta mewakili Keuskupan Sandakan telah menyertai program Hari Warga Kampus yang ke-21 (HWK-21). Dua pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sandakan dan dua orang pelajar dari Politeknik Sandakan Sabah.

Program dimulakan dengan Misa Kudus pada jam 7.30 pagi dan telah diteruskan dengan sesi pendaftaran. Selepas sesi pendaftaran, para peserta bersarapan, kemudian mengikuti sesi Ice-breaking serta Praise and Worship.

Sesi seterusnya merupakan empat bengkel yang telah dijalankan secara serentak. Setiap peserta hanya akan memilih dan mengikuti satu bengkel sahaja. Antara bengkel yang disediakan adalah Percintaan(Bengkel 1), Budaya Belia Kampus (Bengkel 2), Mengenali agama lain (Bengkel 3),  Mempelajari denomasi Kristian yang lain (Bengkel 4).

Bengkel yang dijalankan membincangkan masalah yang sering terjadi dalam kalangan para pelajar kampus Katolik dan penyelesaian bagi setiap masalah tersebut berdasarkan tema  HWK ke-21, “Aku ini hamba Tuhan terjadilah padaku menurut perkataan-Mu” (Lukas 1:38).

Aktiviti lain dalam HWK-21 ialah Walk with Jesus di mana para peserta dibahagi kepada beberapa kumpulan.  Setiap kumpulan perlu berhenti di setiap sembilan stesen yang terletak di kawasan dalam dan luar dewan Katedral Sacred Heart.

Setiap stesen menfokuskan cabaran  kehidupan yang dihadapi para pelajar dan belia Katolik dalam mengimani Yesus. Contohnya, permainan yang melibatkan ujian pendengaran tanpa melihat orang yang memberi arahan.

Setiap ahli perlu fokus agar tidak silap mendengar arahan, permainan itu juga mengajar para peserta perlu fokus mendengar agar tidak silap mendengar ketua lain yang memberi arahan. 

Setiap ketua kumpulan melambangkan Yesus yang memberikan jalan yang namun tidak dapat dilihat, ahli kumpulan perlu mengenali suara ketua kumpulan mereka agar tidak salah mendengar arahan ketua kumpulan lain, sama seperti suara lain yang ingin menyesatkan manusia dari Yesus.

Dalam Walk with Jesus , aktiviti lain  saling memberi motivasi dan nasihat antara  satu sama lain. Antaranya, setiap peserta perlu menulis first impression kepada setiap ahli dalam kumpulan. Apa yang menyentuh hati ialah melalui aktiviti ini ialah setiap orang memerlukan sokongan antara satu sama lain. Mereka yang memberikan first impression yang baik dapat menaikkan semangat orang lain.

Para peserta juga didedahkan dengan kepelbagaian hidup setiap orang dengan membezakan cara mereka mengendalikan masalah yang dihadapi dengan meletakkan diri mereka yang suka memendam masalah kepada diri sendiri, bergantung kepada keluarga dan yang bergantung kepada kawankawan.

Walaupun aktiviti yang dijalankan memenatkan, banyak benda baru yang para peserta dapat peroleh melalui aktivitiaktiviti yang mereka ikuti. Selain itu juga, para peserta berpeluang menambah kenalan baru dan juga yang sudah lama kenal semakin rapat.

Seterusnya, sharing dalam kumpulan mengenai empat sesi bengkel dan Walk with Jesus dilaksanakan, disusuli perkongsian di kumpulan besar secara sukarela.

Diteruskan dengan sesi “Commitment” di mana para peserta perlu menulis apa yang mereka harapkan dari diri mereka dan memberikan kepada setiap wakil dan akan diberikan kembali dalam jangka masa yang lama.

HWK-21 diakhiri dengan doa penutup dan sesi bergambar. — Charlisca Clynn Henry (UMS Caw. Sandakan)  Pelajar

Total Comments:0

Name
Email
Comments