Pemimpin belia Katolik Mallaysiia berhiimpun dii KK

Tuan rumah bagi pertemuan kali ini adalah Keuskupan Agung Kota Kinabalu, Sabah yang telah dihadiri oleh perwakilan dari sembilan keuskupan/agung di Malaysia.

Nov 08, 2016

KOTA KINABALU: Pada 23-29 lalu, Komiti Pelayanan Belia Katolik Malaysia atau lebih dikenali sebagai Malaysia Catholic Youth Ministery Committee (MCYMC) sekali lagi berkumpul dan bertemu untuk membincangkan hal-hal berkaitan belia dan mengetengahkan isu - isu semasa yang sedang berlaku kepada belia khususnya belia Katolik Malaysia.

Tuan rumah bagi pertemuan kali ini adalah Keuskupan Agung Kota Kinabalu, Sabah yang telah dihadiri oleh perwakilan dari sembilan keuskupan/agung di Malaysia.

Mesyuarat dimulakan dengan pertemuan para pemimpin - pemimpin pelajar kampus Katolik bersama pelayan sepenuh masa bagi kampus di Pace Bene, Papar pada 23-25 September.

Mesyuarat selama tiga hari ini lebih tertumpu kepada program Malaysian Catholic Campus Student's Day (MCCSD). MCCSD ini telah diadakan buat julung kalinya di Keuskupan Agung Kuching pada 14-24 Julai tahun lalu.

Program MCCSD merupakan platform para pelajar Katolik kampus berkumpul, berkongsi, diperbaharui serta bersatu dalam menemui Yesus melalui sesi - sesi yang dijalankan.

Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan pertemuan para pemimpin belia yang melayani sepenuh masa di Keuskupan. Ia diadakan di Pusat Retret Bundu Tuhan pada 26-28 September.

Pertemuan para pemimpin belia dimulai dengan rekoleksi yang dipimpin oleh Fr. Joshua Liew. Sepanjang rekoleksi ini para pemimpin diajak untuk merenung semula peribadi sebagai yang melayani melalui 'Tree of Life'. Ini merupakan kesempatan bagi yang hadir untuk mengongsikan segala pahit manis menjadi seorang pelayan di ladang Tuhan. Rekoleksi berakhir dengan adorasi.

Selain daripada mesyuarat dan rekoleksi, para pemimpin belia juga berkesempatan bertemu dengan belia Katolik Paroki St. Pius X. Aktiviti mimpanau atau berjalan - jalan merupakan kesempatan bagi para belia paroki untuk berkenalan dan berkongsi cerita antara sesama. Aktiviti ini diakhiri dengan Misa petang yang dipimpin oleh Uskup Agung John Wong.

Mesyuarat hari terakhir iaitu pada 29 September, diadakan di Dewan Sacred Heart, Kota Kinabalu yang turut dihadiri oleh Uskup Agung Kuala Lumpur, Julian Liew selaku Uskup Penaung Komisi Belia/Kampus di bawah Majlis para Uskup Malaysia, Singapura dan Brunei. Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat tahunan ini ialah laporan- laporan dari setiap Keuskupan, Asian Youth Day -7, perkongsian daripada mereka yang mengikuti Hari Belia Sedunia di Krakow, Poland, Sabah Youth Day-4 serta isu- isu dan cabaran yang dihadapi oleh Pelayan Belia dan belia Katolik pada masa kini.

Keuskupan Sibu akan menjadi tuan rumah bagi mesyuarat MCYMC tahun hadapan dan Keuskupan Agung Kuching akan menjadi Coordinating Office yang baru bagi MCYMC (2017 - 2019) menggantikan Keuskupan Sandakan yang telah melayani bagi tempoh 2014-2016. Manakala Uskup penaung bagi Komisi Belia/Kampus di bawah Persidangan Uskup-Uskup Malaysia, Singapura dan Brunei akan diambil ahli oleh Uskup Agung Auksilier Simon Poh bermula 2017.

Total Comments:0

Name
Email
Comments