Pentahbisan diakon Rev Nelson Sipalan OFM

Friar Nelson Evarinus Sipalan OFM telah ditahbis sebagai diakon oleh Uskup Agung Kuching pada Januari 14 lalu di Gereja St Ann.

Mar 01, 2024

Friar Don Don membantu Friar Nelson mengenakan stola diakon.


KOTA PADAWAN:
Friar Nelson Evarinus Sipalan OFM telah ditahbis sebagai diakon oleh Uskup Agung Kuching pada Januari 14 lalu di Gereja St Ann.

Misa bermula pada jam 6.00 petang dengan tarian tradisional masyarakat Bidayuh Kampung Seratau di pintu masuk Gereja.

Gereja dipenuhi dengan umat St Ann dan tetamu dari Sabah, Johor, Kuala Lumpur, dan Singapura. Menyaksikan Friar Nelson pada pentahbisannya adalah adik- beradiknya yang mewakili ibu bapa Friar Nelson yang tidak dapat datang ke Kuching.

Selebran utama perayaan Ekaristi ialah Uskup Agung Simon Poh, dibantu oleh Friar Don Don Ramerez OFM (paderi paroki St Ann) dan Friar Derrick Yap OFM (Custos).

Friar Nelson yang berasal dari Sabah, menyertai Franciscan Friars of St Anthony Custody untuk Malaysia, Singapura, dan Brunei. Beliau memulakan pelayanan pastoralnya di Gereja St Ann selama setahun pada 2017.

Custos Friar Derrick mengumumkan bahawa Diakon Nelson akan mengambil Pendidikan Pastoral Klinikal (CPE) selama enam bulan di Pulau Pinang, sebagai persediaan pelayanan yang lebih baik untuk umat Tuhan pada masa hadapan.

Selepas Friar Nelson menamatkan CPEnya, pentahbisan imamatnya akan diumumkan kemudian.

Diakon Nelson terharu dan bersyukur dengan keseluruhan perayaan serta mengucapkan terima kasih kepada semua umat, dermawan, keluarga, dan rakan-rakan yang telah menyumbang atau menyokong beliau dalam perjalanan istimewanya sebagai seorang Friar Fransiskan.

Total Comments:0

Name
Email
Comments