Perayaan 4:1 di Chapel Corpus Cristi

Empat perayaan atau perayaan 4:1 diraikan secara serentak di Chapel Corpus Christi Kem Terendak (CCCTC), Melaka pada 4 Nov lalu.

Nov 23, 2018

MELAKA: Empat perayaan atau perayaan 4:1 diraikan secara serentak di Chapel Corpus Christi Kem Terendak (CCCTC), Melaka pada 4 Nov lalu.

Perayaan ini merupakan sebuah perayaan besar bagi penutupan kalender aktiviti gereja. Perayaan-perayaan itu ialah Hari Keluarga CCCTC, penutupan bulan Rosari, penutupan Kelas Kateketikal dan Hari Meraikan anggota Tentera yang akan bersara. Para tentera tersebut juga merupakan anggota-anggota Gereja yang aktif melayani di CCCTC.

Menurut Pengerusi Penganjur, Sdra Johnny ak Nahie , perayaan 4:1 itu meraikan kesatuan dan sebagai penyuntik semangat bagi semua umat agar terus bekerjasama, aktif dalam pelayanan serta prihatin kepada keperluan sesama.

Acara awal pagi dimulai dengan acara sukaneka kategori kanak-kanak. Manakala pada sebelah petang, sukaneka bagi kategori belia dan suami isteri. Setelah makan tengah hari, diadakan pertandingan Kuiz Alkitab Belia dan pertandingan Mazmur.

Dalam pertandingan Mazmur, seramai 10 orang peserta telah mengambil bahagian. Cik Elquin Jasimi muncul sebagai juara pertandingan Mazmur. Acara kemuncak perayaan 4:1 ini ialah perayaan Ekaristi. Acara rasmi perayaan 4:1 ini adalah acara pemotongan kek Paderi Paroki, Father John Yeow, Diakon Anthony, Sr Magdalena dan Sr Jaslia FSIC. Ia diikuti dengan persembahan pentas oleh kanak-kanak, belia dan juga dewasa.. Perayaan 4:1 diakhiri dengan doa penutup dan kesyukuran oleh Sr. Magdalena. — CM Sylvesterosol

Total Comments:0

Name
Email
Comments