Perayaan KAGAPE di Kristus Cahaya Desa Jaya, Kepong

Perayaan KAGAPE di Kristus Cahaya Desa Jaya, Kepong

Aug 24, 2018

KEPONG, Kuala Lumpur: “Merayakan Kepelbagaian Tuaian dalam kesatuan” merupakan tema perayaan Kaamatan, Gawai dan Panen (KAGAPE) di Gereja Kristus Cahaya.

KAGAPE ini dianjurkan oleh Komuniti Umat Berbahasa Malaysia pada 12 Ogos lalu.

Perayaan ini dimulai dengan Misa kudus pada jam 12.30 tengah hari, diikuti jamuan makan, persembahan pentas dan cabutan tiket bertuah.

Lebih 800 orang umat datang menghadiri perayaan ini.

Ada yang datang dari Gereha Kristus Cahaya, Kristus Raja (Christ the King, Selayang), Our Lady of Lourdes, Sg. Buloh, Jesus Caritas, Kepong, Komuniti Katolik Indonesia (KKI), komuniti Myanmar yang tinggal di Wangsa Permai, Kepong dan umat KUBM dari gereja-gereja yang bernaung di bawah Keuskupan Agung Kuala Lumpur.

Penganjuran perayaan pada kali ini melibatkan kerjasama semua pemimpin dan ahli dalam pelbagai kerasulan seperti Tamil Apostolate, PIHD, Belia, Beccot, Katekatikel, Liturgi, PMEIA dan ahli PPC daripada Kristus Cahaya dan Kristus Raja.

Antara persembahan pentas yang telah diadakan ialah tarian kebudayaan daripada suku kaum yang berasal daripada Sabah, Sarawak dan Indonesia, nyanyian solo dan koir serta persembahan tarian dan nyanyian daripada kanakkanak sekolah minggu Kristus Cahaya dan juga Kristus Raja. — Celisca Manuel

Total Comments:0

Name
Email
Comments