Perbezaan antara anganangan, optimisme dan harapan

Ramai di antara kita, pastinya telah tersentuh dengan filem Of Gods and Men yang menceritakan kisah sekumpulan biarawan Trappist yang mengambil keputusan sukar agar tidak meninggalkan bumi Algeria yang sedang bergolak pada tahun 1990-an.

Feb 26, 2016

Ramai di antara kita, pastinya telah tersentuh dengan filem Of Gods and Men yang menceritakan kisah sekumpulan biarawan Trappist yang mengambil keputusan sukar agar tidak meninggalkan bumi Algeria yang sedang bergolak pada tahun 1990-an.

Akhirnya mereka dibunuh oleh ektremis Islam pada tahun 1996. Baru-baru ini, saya juga turut tersentuh selepas membaca diari salah seorang biarawan yang terbunuh itu, Christophe Lebreton.

Ia diterbitkan dengan tajuk, “Born from the Gaze of God, The Tibhirine Journal of a Martyr Monk.” Diari itu mencatatkan perjalanan hidupnya selama tiga tahun terakhirnya, dan ini memberi gambaran kepada para pembaca peristiwa berdarah apabila komuniti itu mengambil pendirian untuk tidak meninggalkan Algeria meskipun berhadapan dengan maut.

Dalam satu catatannya, Christophe menulis keadaan di Algeria yang terperangkap di antara kebencian dan huru-hara akibat tindakan pelampau Islam dan kerajaan yang penuh dengan rasuah. Dalam kekacauan itu, Christophe mencari damai dan harapan di mana beliau mengambil sebuah puisi yang ditulis oleh Jean- Claude Renard: The Well.

Bagaimana dapat kita pastikan bahawa ia sudah terlalu lewat untuk mencapai atau memenuhi sebuah impian

Agar bersabar untuk memperoleh anugerah yang dinanti

Dan apabila selalu, mungkin, sesuatu atau seseorang mengatakan, dari keheningan dan kepapaan yang mendalam, bahawa api yang tidak dapat digambarkan terus menebuk hati kita di bawah gurun yang didiami duri-duri

Terdapat sebuah telaga yang memuaskan dahaga.

Telaga yang memuaskan dahaga atau telaga yang memberikan tenaga dan tidak akan letih lagi. Mungkin ini adalah asas nyata untuk harapan.

Semua kita pernah mengalami situasi yang kelihatannya hilang harapan, di mana apabila kita melihat dunia luar atau diri sendiri, secara sedar atau tidak sedar, kita memikirkan, “Sudah terlambat!Hidup ini sudah terlalu jauh! Tidak ada apa yang dapat mengembalikan impian itu! Semua peluang sudah terlepas dan telah digunakan! Sungguh, sudah tidak ada harapan!”

Namun, adakah ini perasaan semulajadi ketika berasa hilang harapan? Tidak semestinya. Memang benar, apabila kita berasa putus asa atau hilang harapan, apabila kita berada dalam keadaan yang kita terlepas atau kehilangan semua peluang, barulah harapan itu dapat kembali dan menggantikan semua perasaan palsu, angan-angan dan keyakinan. Apa itu harapan? Secara amnya, kita keliru dengan harapan dan angan-angan atau dengan sikap optimis yang semulajadi. Angan-angan mahupun sikap optimis adalah jauh sekali daripada harapan.

Angan-angan adalah tidak berasas.

Kita boleh berangan memenangi loteri atau berangan-angan untuk memiliki tubuh seperti atlet kelas dunia tetapi impian itu tidak akan terjadi dalam alam nyata. Ia hanyalah sebuah fantasi sematamata. Bagi optimisme pula, ia adalah berdasarkan perangai pembawaan dan ia bukanlah definisi tepat bagi harapan. Seorang penulis, Terry Eagleton dalam buku terbarunya, “Hope without Optimisme” menyatakan bahawa optimisme adalah sifat semulajadi yang mengikut keadaan serta selalu menghambat manusia

Lagipun, orang yang optimis memandang dunia dengan pandangan berwarna-warni daripada orang pesimis yang memandang dunia dengan satu sudut pandangan sahaja. Harapan bukanlah angan-angan atau mood; ia merupakan sebuah perspektif kehidupan yang memerlukan asas realiti yang kuat. Apa itu asas realiti yang kuat?

Jim Wallis, seorang tokoh Kristian yang terkenal tentang penerangannya akan harapan pada masa ini, mengatakan bahawa harapan kita seharusnya tidak berdasarkan apa yang kita lihat pada berita dunia setiap hari kerana khabar itu akan berubah, mungkin dalam masa satu malam, ia boleh menjadi berita yang sangat buruk sehingga memusnahkan harapan kita.

Dalam hal ini, pendapat Jim memang benar. Sama ada dunia ini kelihatan baik atau buruk dalam tempoh sesuatu, ia bukanlah alasan kuat bagi kita untuk percaya bahawa pada penghujung hari, semua perkara yang buruk akan kembali pulih. Situasi yang buruk mungkin akan menjadi baik, atau sebaliknya, keadaan yang tenang boleh menjadi huru-hara dalam sekelip mata.

Pierre Teilhard de Chardin, tidak pernah berhenti mengatakan bahawa beliau adalah orang yang berpegang pada harapan, bukan optimisme.

Dalam menjawab sebuah persoalan, Pierre pernah menyatakan bahawa ada dua alasan kukuh bagi harapan. Ketika itu, beliau ditanya apa yang terjadi jika kita meletupkan dunia ini dengan bom atom? Jawabnya: Ini akan mengembalikan dunia ke zaman batu tetapi rencana Tuhan tentang dunia ini akan tetap berterusan. Mengapa? Kerana Kristus telah berjanji dan dalam kebangkitan-Nya, Tuhan memperlihatkan bahawa Tuhan mempunyai kuasa untuk memenuhi janji itu. Harapan adalah berdasarkan janji dan kuasa Tuhan!

Tetapi, ada alasan lain lagi untuk asas kukuh bagi harapan kita, yang menjadi asas harapan dan memberi kita alasan wajar untuk hidup dalam mempercayai bahawa pada akhirnya, semua perkara akan berlangsung dengan baik, kerana Tuhan tidak pernah berehat dan tidak pernah lelah. Di bawah dan di atas kita, di bawah diri kita dan di bawah semesta kita, ada telaga yang tidak akan kering.

Sudah menjadi sifat manusia yang kerap lupa atau mempunyai keterbatasan imaginasi dan jiwa bahawa Tuhan adalah Tuhan yang sangat berbelas kasihan, yang tidak dapat dibayangkan dalam ruang fizikal dunia ini, Dia adalah Tuhan yang mencipta dan masih mencipta berbilion-bilion makhluk dan pelbagai lagi di bumi ini. Tuhan yang berbelas kasihan ini, adalah melangkaui imaginasi kreatif kita seperti yang dinyatakan oleh Yesus, Tuhan adalah Bapa yang sangat sabar dan berbelas kasihan, kasih-Nya sukar difahami oleh minda manusia yang terbatas. Di dalam Dia peluang tidak pernah berakhir. Di dalam Dia, kesabaran- Nya tidak ada batas. Tidak ada apa atau siapa pun yang mampu melawan atau mengeringkan telaga ilahi.

Di dalam Tuhan, tidak ada istilah “terlambat”. Kreativiti dan belas kasihan Tuhan adalah tidak berkesudahan. -- Fr Ron Rolheiser @ Hakcipta Terpelihara 1999-2016

Total Comments:0

Name
Email
Comments