Persiapan Sabah Youth Day kali ke-5 semakin rancak

Persiapan Sabah Youth Day kali ke-5 semakin rancak

Aug 24, 2018

KOTA KINABALU: Sabah Youth Day atau lebih dikenali sebagai SYD merupakan satu program belia, dari belia kepada belia yang dianjurkan sekali dalam empat tahun. Ia telahmerupakan penganjuran bersama untuk tiga Keuskupan di Sabah.

Dua tahun lalu, ia dianjurkan di Tawau. Kini SYD kali kelima akan kembali lagi dengan tema, “Aku ini adalah hamba Tuhan; terjadilah padaku menurut perkataanmu.” (Lukas 1:38). SYD 5 akan berlangsung di Paroki Papar, di bawah naungan Keuskupan Agung KK pada tahun 2020.

Pada 5-6 Ogos lalu, seramai 13 orang pemimpin muda dari Komisi Belia dari tiga Keuskupan/Agung Sabah, telah berkampung di Bamboo House Riverside Kampung Notoruss Penampang untuk berdoa, merenung dan berfikir secara kritikal untuk membentuk rasional dan objektif bagi SYD 5.

Pertemuan ini merupakan pertemuan kali ke-4 dan telah dimulakan dengan mengimbas kembali sejarah SYD dan mengapa ia sangat releven sehingga ke hari ini.

Pertemuan ini kemudiannya mengajak para pemimpin untuk membincangkan isu - isu atau realiti yang sedang dihadapi oleh para belia terutama pada zaman milenium ini.

Para pemimpin telah mengambil satu hari untuk menghasilkan rasional dan objekif SYD-5 dan puji Tuhan pengisiannya telah merangkumi semua isu utama yang telah diketengahkan semasa pertemuan para pemimpin belia Sabah pada Mac 2018 yang lalu di Pace Bene, Papar.

Objektif penganjur Sabah Youth Day kali ke -5 ini adalah seperti berikut:

1.Membawa para peserta untuk merayakan iman sebagai belia Katolik di Sabah.
2.Agar para peserta dapat merenung, menghayati dan mengikuti teladan Bonda Maria yang setia terhadap panggilan Tuhan.
3.Agar para peserta diteguhkan untuk menjadi saksi-saksi Kristus di era millennial ini.

Pada 7 Ogos 2018, pemimpin - pemimpin muda atau Main Organizing Team (MOT) bagi SYD-5 telah mengadakan kunjungan hormat kepada Uskup Agung John Wong yang turut disertai oleh Father Joshua Liew dan Father David Garaman, sebagai Penasihat Rohani bagi penganjuran SYD -5.

Sr. Dora Obod fsic, selaku Ko-ordinator bagi SYD-5 telah memperkongsikan rasional, objektif dan perjalanan terkini SYD-5 kepada Uskup Agung John Wong. Dalam kesempatan ini, Uskup Agung juga telah mengongsikan pendapat dan idea-idea yang bernas bagi penganjuran SYD-5 khususnya pada bahagian kerohanian.

Pelancaran SYD ke-5 akan diadakan di Paroki Holy Trinity di Tawau pada 22 - 24 Februari 2019. Ini menandakan bahawa perjalanan Salib Belia bersama Ikon Bonda Maria akan mula menjelajahi seluruh Sabah sehingga pada kemuncak SYD 5 pada tahun 2020 di Paroki Papar dan Paroki Limbahau. — Fradely Brandon Amigo

Total Comments:0

Name
Email
Comments