Pesan para Uskup Malaysia sempena pasca PRU-14

Pesan para Uskup Malaysia sempena pasca PRU-14

May 18, 2018

Saudara-saudari umat Tuhan,
Kita telah menunaikan hak demokratik dan tanggungjawab kita untuk membuang undi pada 9 Mei, 2018.

Rakyat telah bersuara. Sejarah telah tercipta di tengah-tengah pelbagai kesukaran dan kemustahilan. Malaysia kini mempunyai peluang keemasan untuk menekan butang “Tetapan Semula” (Reset). Masa hadapan adalah di dalam tangan Rakyat.

Kami, Uskup-uskup Katolik Malaysia, ingin menyampaikan Puji dan Syukur kepada Tuhan di atas pelaksanaan PRU-14 yang aman serta lancar. Kami bersyukur dan berterima kasih kepada semua pengundi yang layak di mana telah mencapai usia matang. Kepada semua pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya, para Agen Mengira Undi dan Agen Tempat Mengundi (PACA), dan ribuan sukarelawan dan rakyat yang berusaha di belakang tabir, “Syabas” di atas perjalanan Pilihan Raya yang hampir bebas dari sebarang insiden tidak diingini.

Ini tidak mustahil kerana ramai yang telah keluar dari 'zon selesa' mereka untuk berkorban dan bekerja keras demi menjadikan Malaysia yang lebih baik, di mana kebebasan dan keadilan adalah dijamin untuk semua orang. Setiap orang boleh hidup aman dan harmoni tanpa syak wasangka terhadap sesama sebagai rakan rakyat — sebuah Malaysia baru telah lahir!

Ramai orang telah menyatakan sentimen kegembiraan menjadi rakyat Malaysia buat pertama kali. Ini sesungguhnya rahmat Tuhan yang diberikan percuma buat semua!

Ini juga jelas kelihatan semasa perjalanan Pilihan Raya. Kita telah menyaksikan Kerendahan Hati dan memohon Pengampunan di atas pelbagai kesilapan lampau. Kita telah melihat Perdamaian yang dihulurkan dan diterima; memerhatikan Kesopanan menerima kekalahan; sebuah kasih demi Keamanan dan Harmoni untuk negara ini. Marilah kita lebih dan lebih lagi dalam mempraktikkan nilai-nilai Injil.

“Jika kita saling mengasihi, Tuhan hidup bersatu dengan kita, dan kasih-Nya disempurnan dalam diri kita” (1 Yoh 4: 12).

Kita semua perlu untuk terus berdoa bagi Malaysia. Kita harus berdoa untuk Penyembuhan dan Kesatuan di antara kita di kalangan kita semua termasuk Gereja.

Semoga Gereja juga menekan butang “Reset” dan menjadi sebuah Gereja Malaysia. Inilah masanya bagi kita untuk mempraktikan apa yang dikatakan selama ini dan menjauhi sebarang Bahasa yang membahagikan gereja dan menghidupi kesatuan ini menjadi realiti. Marilah kita menjadi pembina jambatan. Mari membangun sebuah gereja Malaysia untuk rakyat Malaysia.

Kita mahu berdoa untuk Berkat dan Kemakmuran bagi semua rakyat Malaysia. Kami ingin mencadangkan masa untuk Berdoa dan Bersyukur untuk negara tercinta pada atau mana-mana masa Sembilan Hari Novena sebelum Pentakosta antara tarikh 12 -20 Mei atau pada hari yang sesuai pada bulan Mei, sempena bulan Maria, Bonda Kita. Cadangan-cadangan untuk dipertimbangkan seperti berikut:

-- Mengadakan Misa Kesyukuran
-- Mengadakan Saat Teduh Adorasi dan Berdoa
-- Berdoa intensi untuk ‘Keamanan dalam negara kita Malaysia’
semasa doa rosario komuniti/keluarga
-- Komitmen peribadi untuk menjadi instrumen Keamanan dan Kesatuan

Semoga cinta kasih Tuhan dan cinta kepada Negara ini, menopang kesatuan kita rakyat Malaysia dalam Cinta.

“Tuhan itu Kasih. Sesiapa yang sentiasa mengasihi orang lain, hidup bersatu dengan Tuhan dan Tuhan hidup bersatu dengan dia ( 1 Yoh 4:16)

Di tanda tangani oleh sembilan Uskup Malaysia

Tarikh: 12 Mei, 2018

Total Comments:0

Name
Email
Comments