Ratusan cendekiawan Islam sokong deklarasi lindungi kumpulan agama minoriti

Ratusan ulama dan cendekiawan Muslim dari lebih 120 negara, bersama dengan pemimpinpemimpin agama pelbagai kumpulan dan negara, berhimpun di Marrakesh, Maghribi baru-baru ini sempena ulang tahun ke- 1400 Piagam Madinah.

Mar 04, 2016

Marrakesh , MAGHRIBI: Ratusan ulama dan cendekiawan Muslim dari lebih 120 negara, bersama dengan pemimpinpemimpin agama pelbagai kumpulan dan negara, berhimpun di Marrakesh, Maghribi baru-baru ini sempena ulang tahun ke- 1400 Piagam Madinah, sebuah perlembagaan bertulis atau kontrak sosial di mana penganut Islam percaya Nabi Muhammad telah membuat perjanjian dengan penduduk Madinah yang terdiri daripada penganut Yahudi, Kristian, Islam, dan pagan yang menjamin kebebasan beragama bagi semua orang di kota itu.

Dalam persidangan ini, yang diadakan di bawah naungan Raja Mohammed VI Maghribi dan dianjurkan bersama oleh Kementerian Wakaf Maghribi dan Hal Ehwal Islam dan Forum untuk Menggalakkan Keamanan di negara-negara Islam, yang berpangkalan di United Arab Emirates, para peserta persidangan itu menegaskan bahawa objektif Piagam Madinah adalah selaras dan seharmoni dengan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia.

Oleh itu, mereka menyeru umat Islam di seluruh dunia “untuk membangunkan perundangan konsep: kewarganegaraan “termasuk kumpulan-kumpulan yang beragama bukan Islam.” Mereka percaya bahawa “perundangan itu hendaklah berasaskan tradisi dan prinsip-prinsip Islam dan prihatin terhadap perubahan global.”

Cendekiawan dan para pemimpin agama berkumpul di Marrakesh, menegaskan kembali kepentingan melindungi sebarang pelanggaran yang bertujuan cuba memusnahkan keharmonian dan keamanan umat Islam dan penganut agama lain di negaranegara majoriti Islam.

Dalam usaha untuk melindungi kesejahteraan bersama dan keharmonian itu, mereka merayu kepada “ahli-ahli politik dan pembuat keputusan untuk mengambil langkah-langkah politik dan undang-undang yang perlu untuk mewujudkan kontrak perlembagaan di kalangan rakyat dan untuk menyokong semua rumusan dan inisiatif yang bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dan persefahaman di kalangan pelbagai agama kumpulan di Dunia Islam.”

Selain itu, mereka mengiktiraf kepentingan “kesaksamaan layanan terhadap kumpulankumpulan agama minoriti di negara-negara Islam” dan keperluan “untuk meningkatkan kesedaran tentang hak-hak mereka, dan bekerjasama untuk memastikan kejayaan usahausaha ini.”

Mereka menggalakkan semua umat Islam untuk berusaha untuk “membina semula masa lalu dengan menghidupkan semula tradisi keramahan dan memulihkan kepercayaan hidup bersama yang telah terhakis akibat perbuatan pelampau dan tindakan keganasan” dan untuk “membanteras segala bentuk ketaksuban agama, fitnah dan penghinaan terhadap pegangan kekudusan orang lain, dan juga menghalang semua ucapan yang mencetuskan kebencian dan ketaksuban.”

Persatuan Pengajian Islam (Delhi, India) dan Institut Pengajian Islam Vidyajyoti (Delhi, India) dengan sukacita mengalu-alukan penemuan dan inisiatif baru daripada salasilah asal keturunan Abraham. Mereka menghargai usaha pihak penganjur untuk melancarkan deklarasi berani ini yang menyatakan visi baru bagi keluarga manusia. Kedua-dua institusi ini juga menghargai Deklarasi tersebut kerana ia menekankan Hak-hak Manusia dan Kewarganegaraan. Kedua-dua institusi itu juga berkata, “Bersama-sama dengan penandatangan,kami juga menekankan bahawa idea kewarganegaraan yang menghormati hak setiap warga negara dan memupuk rasa keadilan di kalangan mereka terutama bagi golongan minoriti dan terpinggir.”

Bersama-sama dengan orangorang yang menyokong Deklarasi, kami menekankan kepentingan kebebasan beragama setiap rakyat, terutamanya di kalangan kumpulan minoriti di mana hak kebebasan agama mereka dicabul. Kami menegaskan bahawa kebebasan beragama adalah hak asasi manusia dan oleh itu, tiada sesiapa yang akan dipaksa untuk melepaskan atau menukar/tradisi agama beliau. Ia juga adalah pegangan teguh kami bahawa kebebasan beragama adalah selaras dengan memartabatkan kemuliaan manusia di mana setiap insan, dikurniakan dengan, martabat yang kita semua kenali melalui pernyataan Sabda Tuhan dan fikiran yang waras. Kami juga mengesahkan bahawa setiap manusia mempunyai hak dan kewajipan untuk mencari kebenaran dan mengikuti suara hati mereka, dan dalam nada yang sama, menegaskan bahawa mencari kebenaran adalah sesuatu yang semulajadi pada diri dan maruah manusia. Adalah penting untuk menegaskan bahawa penukaran agama seseorang kerana mengikut hati nuraninya adalah juga merupakan sebahagian daripada hak kebebasan beragama.

Kami amat percaya bahawa tindakan awam dan persendirian dalam ibadat mengarahkan diri manusia terhadap Tuhan, Dialah Tuan bagi hati nurani mereka. Oleh itu, sebarang tindakan pihak berkuasa awam yang mengekang dan menyekat kebebasan manusia adalah satu tindakan masih satu tindakan pelanggaran. Kami dengan tegas menjunjung pengiktirafan hak asasi manusia adalah asas yang kukuh di mana penganut Kristian dan Muslim boleh bekerja sana dan dengan itu membawa keamanan dan keharmonian, dan keadilan dan perdamaian dalam masyarakat. -- Fr Thomas V Kunnunkal SJ, Presiden Persatuan dan Pengajian Islam Delhi, dan Fr Victor Edwin SJ, Direktur Institut Pengajian Islam Vidyajyoti, Delhi

Total Comments:0

Name
Email
Comments