Restoran Mercy beri hidangan buka puasa percuma kepada Muslim sepanjang Ramadan

Sekali lagi pada tahun ini, Restoran Mercy menawarkan hidangan harian kepada keluarga Islam paling miskin

Jun 01, 2018

AMMAN: Sekali lagi pada tahun ini, Restoran Mercy menawarkan hidangan harian kepada keluarga Islam paling miskin. Ia merupakan inisiatif Caritas Jordan di Amman, di bawah naungan Vikariat Patriarki Latin di Jordan. Mereka menawarkan hidangan buka puasa (iftar) sepanjang bulan suci Ramadan.

Hidangan iftar ini dihidangkan oleh sukarelawan dari Caritas Jordan, para belia dari Paroki-Paroki dan diketuai oleh seorang Paderi Jordan, Rifat Bader — yang menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh Restoran Mercy adalah tanda “perpaduan dan solidariti dengan umat yang berpuasa.”

Caritas Jordan juga telah memulakan kempen untuk mengagih-agihkan makanan kepada keluarga miskin Muslim, di mana sepanjang bulan Ramadan, bungkusan makanan diagihkan kepada lebih kurang tiga ribu keluarga.

“Restoran Mercy” pertama dibuka pada 23 Disember, 2015, beberapa hari selepas permulaan Tahun Suci Belas Kasihan yang diumumkan oleh Paus Fransiskus.

Sejak itu, restoran itu menawarkan beratus- ratus makanan panas percuma setiap hari kepada mereka yang memerlukan. Projek ini terletak di bekas ibu pejabat tipografi Katolik, yang tidak digunakan lagi, di kawasan Jabal Luweibdeh, dekat dengan paroki Katolik Latin.

Kebanyakan orang yang mendapat manfaat daripada bantuan “Restoran of Mercy” adalah orang Islam. — ICN

Total Comments:0

Name
Email
Comments