Romo dari Indonesia terangkan manfaat Komuniti Kristian Dasar

Seorang Paderi dari KeuskupanAgung Ende, Pulau Flores, Father(Romo) Eduardo Raja telah mengunjungiParoki St Joseph untuk memberi peneranganmengenai Komuniti Kristian Dasar(KKD).

Apr 19, 2018

PAPAR: Seorang Paderi dari KeuskupanAgung Ende, Pulau Flores, Father(Romo) Eduardo Raja telah mengunjungiParoki St Joseph untuk memberi peneranganmengenai Komuniti Kristian Dasar(KKD).

Perkongsian itu diadakan pada 7 Aprillalu di Dewan Fr John Tsung sempenamajlis sambutan perayaan Paskah.

Dalam ucapan alu-aluannya, PengerusiMajlis Pastoral Paroki St Joseph, SdraJohnny Sitamin mengucapkan selamatdatang kepada Fr Eduardo. Fr Eduardobukan sahaja datang untuk memberiperkongsian mengenai KKD tetapi jugaturut mengunjungi beberapa komunitiIndonesia yang bekerja di ladang-ladangsekitar Papar dan Limbahau.

Di dalam perkongsiannya, Fr Eduardoterlebih dahulu menjelaskan kepada umatsedikit sejarah KKD di Indonesia dansumbangan KKD dalam membangkitkanserta memantapkan iman dalam komunitikecil.

Di Indonesia, KKD dikenali sebagaiKomunitas Umat Basis (KUB) yangbermula pada tahun 1950-an dan diinisiasikanoleh Kongregasi Santa Maria lalumenjadi badan rasmi pada tahun 1980-an.KUB berfungsi sebagai pertemuan doadengan pembacaan Injil serta renungandan pelayanan ekonomi rohani komuniti.

Sejak tahun 1987, KUB telah menjadipusat menjana dan mengumpul idea,menjadi platform perbincangan dalampelbagai aspek kehidupan serta memberisumbangan dalam penglibatan aktivitiaktivitipastoral.

Paderi itu juga menerangkan bahawaadalah lebih baik jika KKD ituditubuhkan dalam kumpulan kecil, antara10-20 keluarga Katolik yang tinggalberdekatan, untuk melakukan aktivitimingguan seperti berdoa, membaca danberkongsi Kitab Suci, membincangkanisu-isu semasa dan mencari penyelesaiannyaserta sekali sekala, menganjurkanMisa Kudus.

Beliau menegaskan bahawa kunciutama KKD ialah kerjasama bagi memastikanpembentukan iman pastoral danperkembangan iman adalah sejajar denganvisi dan misi Keuskupan Agung Kota Kinbalau.

Sesi penerangan KKD oleh Fr Eduardoini turut dihadiri oleh para ahli MPP,katekis, Sr Juanah Saliun, para novisFSIC dan umat awam. Sebelum itu, umatmenyaksikan upacara pemotongan kekPaskah yang diketuai oleh Paderi ParokiSt Joseph, Fr Thomas Yip.

Total Comments:0

Name
Email
Comments