Saya percaya kepada Tuhan kerana ...

Kepercayaan terhadap Tuhanpada hari ini sering dilihatsebagai kedangkalan.

Apr 20, 2018

Kepercayaan terhadap Tuhanpada hari ini sering dilihatsebagai kedangkalan.Bagi kebanyakan orang, percayakepada Tuhan adalah seperti mempercayaiSanta Klaus dan ArnabPaskah, ia baik tetapi lebih sesuaiuntuk kanak-kanak, yang meninggalkankenangan baik atau buruk,tetapi bukan sesuatu yang daridunia ini, yang harus diamati dengancermat dan sesungguh menimbulkankeraguan gelap yangkadang kala berlingkar pada asaskepercayaan kita.

Di manakah bukti bahawaTuhan wujud?Saya percaya, apologetik sejati,ada masanya memerlukan pandanganperibadi.

Maka di sini, saya menyatakanalasan-alasan saya sendiri mengapasaya terus percaya kepadaTuhan meskipun dalam menghadapiagnostikisme dunia kitayang sudah terlalu dewasa, danmeskipun pada waktu-waktu gelapyang boleh menggoyangkan imansaya.Pertama, saya percaya kepadaTuhan kerana aya merasakan, padatahap terdalam kemanusiaan saya,terdapat struktur moral yang tidakdapat dielakkan.

Kehidupan, cinta dan matlamatadalah kontur moral. Terdapat"undang-undang karma" yangtidak dapat dielakkan, ia dialami dimana-mana sahaja dan dalamsegala-galanya: tingkah laku yangbaik akan membawa kebahagiaanbegitu juga tingkah laku yangburuk ada akibat kesedihannyasendiri.

Setiap agama memanggilnyadengan nama berbeza tetapi konsepnyaialah, pada pusat semuaagama dan ia asas dalam definisimoral: Pengukuran yang andasukai akan menjadi ukuran yangdiukur kembali kepada anda.Itulah versi Yesus, dan boleh diterjemahkandengan cara ini: Udarayang kamu hela adalah udara yangakan kamu hela semula.

Ia ringkas tetapi: Jika kita mengurangiterlalu banyak pokok, kitaakan bernafas dalam karbonmonoksida. Jika kita mengasihi,kita akan dikasihi.

Sekiranya kitanafas kita penuh dengan kebenciandan kemarahan, kita akan mendapatidiri kita dikelilingi oleh bencidan kemarahan. Realiti begitu tersusunsehingga kebaikan membawakebaikan dan dosa membawadosa.

Saya percaya kepada Tuhan keranakekacauan buta tidak dapatmerancang sesuatu dengan caraini, untuk menjadi moral yangdalam.

Hanya kebijaksanaan Kebaikanyang boleh membina realiti dengancara ini. Alasan saya yang berikutnyauntuk mempercayai Tuhanialah kewujudan jiwa, kecerdasan,cinta, altruisme, dan seni.

Ini tidak mungkin muncul darikekacauan yang membuta tuli, dariberbilion bilion dan jutaan cipbingo kosmik yang tiba-tiba keluartanpa kuasa daya penyayang pintardi belakang mereka, tanpa hentiberputar selama berbilion tahun.

Kekacauan rawak, mengosongkansemua kebijaksanaandan cinta dari asal-usulnya,akhirnya tidak dapat menghasilkanjiwa dan semua yang tertinggidi dalamnya: kecerdasan,cinta, altruisme, kerohanian, danseni.

Bolehkah hati kita sendiri dansemua yang mulia dan berharga didalamnya benar-benar berhasildari jutaan peluang yang kebetulanberlanggar dalam proses yangkasar dan tidak masuk akal?Saya percaya kepada Tuhan keranajika hati kita adalah benarmaka Tuhan itu juga benar.

Seterusnya, saya percaya kepadaTuhan kerana karya-karya Injil -jika kita benar-benar melakukannya.Inkarnasi Yesus dan apa yangdiajarkan-Nya adalah sangat-sangatsejajar dengan apa yang sangatberharga, sangat mulia dan sangatbermakna dalam kehidupan danjiwa setiap kita.

Lagipun, inilahyang mengawal kehidupan.Apabila saya mempunyai iman dankeberanian, untuk menghidupakanInjil, untuk menyerlahkan kebenaran,ia akan selalu membuktikankebenaran, roti akan dibahagibahagikandan memberi makankepada ratusan ribu, dan Daudmengalahkan Goliat.

Tetapi ia tidak akan selalu terjadikecuali saya mengambil risiko.Injil akan bekerja jika kita mengerjakannya.Mungkin akan ada bantahan disini, sudah tentu, ramai orang yangjujur, beriman sanggupmerisikokan hidup dan kebenaranakan Injil. Situasi dunia masa iniseakan-akan tidak memihak mereka.

Akhirnya mereka menjadimiskin, kehilangan banyak benda.Tetapi itu adalah penghakimanyang selalu difikirkan oleh orangmasa kini iaitu dari menyamakantahap kebendaan dengan nilaiandunia, bukan melalui KekayaanInjil.Injil Tuhan tidak berpihak kepadakebendaan duniawi.

Sesiapayang menjalani hidupnya dengantaat, mereka akan dirahmati dengansesuatu yang melangkauikejayaan, iaitu sukacita ataskehidupan yang baik, sukacitayang dijamin oleh Yesus, sukacitayang lebih tahan lama, kekal dantidak sama dengan sukacita duniawi.

Saya percaya Tuhan kerana Injilbekerja! Sama juga dengan doadoayang termakbul!Saya juga percaya adanya komunitiberiman, yang wujud sejakpermulaan Gereja dan semasakebangkitan Yesus, dan kekalsehingga sekarang, yang telahmembaptis saya dengan iman.

Melalui sejarah, semua komunitimanusia juga pernah menjadikomuniti beriman, yang percayakepada Tuhan memuliakan danmenyertai ritual suci dan sakramen.Saya percaya kepada Tuhan keranakewujudan keluarga-keluargaberiman dan kewujudan gereja dansakramen.

Saya menulis tesis kedoktoransaya mengenai bukti-bukti klasikkewujudan Tuhan, hujah-hujahkewujudan Tuhan yang diambildaripada beberapa intelektual yanghebat dalam sejarah: Anselm,Thomas Aquinas, Descartes,Leibnitz, Spinoza, dan AlfredNorth Whitehead.

Saya menulis hampir 500 ratusmuka surat yang menyatakan danmenilai bukti-bukti ini dan kemudianberakhir dengan kesimpulanini. Kita tidak percaya kepadaTuhan kerana terpengaruh dengankuasa hebat yang lahir dari beberapapersamaan ilmu Matematik atausilogisme logik. Kewujudan Tuhanhanya akan menjadi nyata bagikita ketika kita menjalani hidupyang jujur dan ikhlas.--HakciptaTerpelihara 1999-2018 @ Fr RonRolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments