Semangat menghormati sesama insan melalui Unity Run

Paroki St. Dominic telah menganjurkan program larian amal yang bertema ‘Kesatuan’ (Unity Run). Larian ini telah mendapat sokongan padu daripada umat dengan kehadiran 701 peserta.

Jun 08, 2018

LAHAD DATU: Pada 1 Mei lalu, Paroki St. Dominic telah menganjurkan program larian amal yang bertema ‘Kesatuan’ (Unity Run). Larian ini telah mendapat sokongan padu daripada umat dengan kehadiran 701 peserta.

Beberapa kategori telah dibahagikan iaitu daripada usia tujuh hingga 60 tahun.

Program yang bermula seawal 7.00 pagi ini dimulakan dengan doa pembukaan yang dipimpin oleh Sr Evelyn FSIC dan diteruskan dengan aktiviti pemanasan badan oleh pihak penganjur iaitu Komiti Kateketikal Pusat.

Larian dimulakan dengan kategori kanak-kanak yang berumur tujuh tahun ke atas. Kesemua peserta harus melalui lima perhentian untuk mendapatkan lima gelang getah bagi setiap perhentian untuk melengkapi larian ini.

Program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan kesatuan di antara semua umat di paroki termasuk stasi luar.

Selain daripada itu, program ini diadakan untuk memungut dana bagi pembangunan dewan ibadat di paroki ini. Lebih kurang jam 10.00 pagi, kesemua peserta larian berjaya menghabiskan larian mereka. Ini disusuli dengan penyampaian hadiah bagi semua kategori.

Paderi Paroki St Dominic, Father Simon Kontou mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua umat yang terlibat dalam acara larian ini serta mengucapkan tahniah kepada para pemenang.

Sesungguhnya bukan kemenangan yang menjadi fokus dalam acara ini sebaliknya penyertaan.

Unity Run bukan sahaja membuktikan semangat solidariti dan toleransi di kalangan umat pelbagai bangsa, malah ia juga menunjukkan sikap murah hati umat untuk membantu pembangunan dewan ibadat di paroki Lahad Datu.

Unity Run diakhiri dengan doa penutup oleh Fr Simon Kontou. — Evelyn

Total Comments:0

Name
Email
Comments