Seminarian Kapusin Indonesia miliki tanda luka stigmata

Seminarian Kapusin dari Sumatera Utara telah menjadi sensasi dalam media online di Indonesia selepas gambar- gambarnya memiliki luka-luka mirip pen- deritaan penyaliban Kristus menjadi tular.

May 02, 2019

JAKARTA: Seminarian Kapusin dari Sumatera Utara telah menjadi sensasi dalam media online di Indonesia selepas gambar- gambarnya memiliki luka-luka mirip pen- deritaan penyaliban Kristus menjadi tular.

Seminarian Tedy Dundru, berasal dari Flores, dalam gambar yang tular beberapa hari lalu menunjukkan luka-luka pada kaki, tangan, bahagian kiri badan dan mata. Luka- luka itu mirip dengan apa yang dipanggil oleh Gereja Katolik sebagai stigmata — luka-luka pada Yesus semasa disalibkan.

Saudara dan pemimpin Gereja di Keuskupan Medan, di mana Tedy sedang belajar teologi dan falsafah memberitahu ucanewsbahawa imej luka-luka itu memang tulen. Salah seorang ahli keluarga, Luis Aman memberitahu bahawa Tedy telah menderita luka-luka tersebut sebelum ini.

Kali pertama luka itu berlaku ketika beli- au memasuki konven pada 2010. Sebelum menyertai Kapusin pada tahun 2016, Tedy menyertai Misionari Xavierian dan meng- habiskan masa di Biara Trappis Lamanabi di Flores Timur.

“Semasa di biara, Tedy turut mengalami luka-luka yang sama. Luka-luka itu akan muncul dan kemudiannya hilang. Tedy mengalami kesakitan yang amat sangat apa- bila luka-luka itu timbul,” ujar Luis.

Ordo Kapusin telah menghantar Tedy ke Itali untuk rawatan tetapi pakar perubatan telah gagal menyembuhkan dan tidak tahu punca penyakit tersebut. Keluarga Tedy juga setakat ini keberatan untuk bercakap menge- nai hal ini, kata Luis. Ketua Kapusin lokal tidak memberi respon apabila Ucanews.com mahu membuat temubual. Tedy juga tidak dapat dihubungi untuk temu bual.

Namun, vikaris general Keuskupan Agung Medan, Paderi Kapusin, Michael Manurung dalam media portal sesawi.net bahawa order itu sedang meneliti dan menyiasat perkara dengan serius.

Gereja memandang stigmata sebagai rah- mat bagi orang-orang yang sangat saleh, seolah-olah Kristus telah menyentuh mere- ka. Skeptis berfikir bahawa luka-luka itu mungkin disebabkan oleh tindakan menced- erakan diri atau masalah perubatan.

Luka-luka “suci” yang dimaksudkan adalah lima tanda luka iaitu di kepala akibat mahkota duri, luka paku yang dipakukan pada tangan dan kaki, luka cambuk dan luka dari tombak pada lambung sebelah kiri. — ucanews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments