SPY Camp II terap dan latih kepimpinan belia berkualiti

SPY Camp II terap dan latih kepimpinan belia berkualiti

Sep 28, 2018

ULU DUSUN, Sandakan: Program St Paul Youth (SPY) Camp merupakan program belia yang baru sahaja diwujudkan pada tahun lalu (2017).

Pada tahun ini, SPY Camp telah dijalankan pada 17-19 Ogos 2018 yang lalu dan merupakan penganjuran kali ke dua.

Tema kem diambil dari 2 Timotius 1: 7, “Sebab Tuhan memberikan kepada kita bukan Roh ketakutan, melainkan Roh yang membangkitkan kekuatan, kasih dan ketertiban.”

Program ini lebih tertumpu kepada belia yang berumur 13-19 tahun sahaja.

Ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada belia muda dalam kehidupan melayani antara sesama, baik dalam gereja dalam mahupun luar gereja di samping melahirkan generasi serta pelapis pelayan umat yang seterusnya dengan harapan mempunyai sifat kepimpinan yang baik sesuai dengan kehendak-NYA.

Penyertaan bagi program ini telah adalah dihadkan hanya kepada 30 peserta agar lebih tertumpu kepada kualiti daripada kuantiti.

Penyertaan pada tahun ini adalah seramai 23 peserta termasuk dari penyertaan gereja St. Anthony Bukit Garam, St. Emmanuel Jaya Bakti dan Our Lady of Fatima (OLOF), Beluran. Bagi tim penganjur pula ada seramai 24 orang yang kebanyakannya merupakan peserta SPY CAMP yang pertama (2017).

Semoga melalui program ini, dapat membantu belia untuk terus dan terus melayani diladang-Nya

Total Comments:0

Name
Email
Comments