Sri Paus berdoa bagi para penderita sempena SP Maria di angkat ke Syurga

Sri Paus berdoa bagi para penderita sempena SP Maria di angkat ke Syurga

Aug 24, 2018

VATIKAN: Pesta Santa Perawan Maria Diangkat ke Surga adalah tanda khusus akan kemurahan hati Tuhan, tetapi juga menunjukkan keinginan Tuhan untuk menyelamatkan semua orang, tubuh dan jiwa, kata Paus Fransiskus.

Melantunkan doa Angelus pada Pesta Santa Perawan Maria Diangkat ke Syurga pada 15 Ogos, Paus Fransiskus juga meminta para penziarah di Dataran Sto Petrus untuk bergabung dengannya dalam doa bagi 38 orang yang meninggal pada 14 Ogos ketika sebuah jambatan besar di jalan raya di Genoa, Itali, runtuh.

Prelatus itu juga berdoa untuk semua orang yang menderita di seluruh dunia.

“Kepada Bonda Maria, penghibur orang yang menderita, yang kita renungkan hari ini dalam kemuliaan syurga, aku ingin berdoa dan menyerahkan penderitaan dan kesengsaraan mereka ramai orang dipelbagai bahagian dunia ini, yang menderita secara fizikal dan jiwa.”

“Mari kita berdoa agar Bonda Maria, dengan sifat keibuannya, akan membantu kita melalui perjalanan harian kita dengan harapan yang pasti untuk bergabung dengannya suatu hari nanti dengan semua orang kudus dan orang yang kita cintai di syurga,” kata Sri Paus.

Maria diangkat, tubuh dan jiwa, ke syurga adalah “hak istimewa ilahi” yang diberikan kepadanya kerana persatuan eratnya dengan Yesus sejak awal, kata Sri Paus.

“Itu adalah persatuan fizikal dan spiritual yang dimulai pada Khabar Sukacita dan sepanjang hidup Maria,” yang akhirnya menuju ke kaki salib.

Bila Maria diberi rahmat khusus, kata Sri Paus, hari raya ini harus mengingatkan umat Katolik bahawa Gereja mengakui iman akan “kebangkitan tubuh” bagi semua yang diselamatkan oleh Kristus.

“Pengangkatan Maria ke syurga memanifestasikan dan menegaskan kesatuan peribadi manusia dan mengingatkan bahawa kita dipanggil untuk melayani dan memuliakan Tuhan dengan seluruh tubuh, jiwa dan raga kita,” katanya.

“Melayani Tuhan hanya dengan tubuh kita akan menjadi tindakan seorang budak; melayani Tuhan hanya dengan jiwa akan bertentangan dengan sifat manusia kita.” — ucanews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments