Sri Paus kirim pesan damai kepada damai kepada Semenanjung Kor Semenanjung Korea

Sri Paus Fransikus meng- hantar pesan video kepada para pemimpin Korea Selatan dan Korea Utara yang menyatakan harapan- nya untuk masa depan kedamaian dan perpad- uan bagi semenanjung itu sempena ulang tahun sidang kemuncak antara Korea.

May 02, 2019

KOTA VATIKAN: Sri Paus Fransikus meng- hantar pesan video kepada para pemimpin Korea Selatan dan Korea Utara yang menyatakan harapan- nya untuk masa depan kedamaian dan perpad- uan bagi semenanjung itu sempena ulang tahun sidang kemuncak antara Korea.

“Saya berdoa agar ulang tahun Deklarasi Panmunjom ini dapat membawa era baru perdamaian bagi semua rakyat Korea,” kata Sri Paus Fransiskus dalam pesan videonya pada 27 April.

“Semoga perayaan ini menawarkan harapan masa hada- pan kepada semua berdasarkan perpaduan, dialog dan perpaduan persaudaraan yang sesungguhnya tidak mustahil,” katanya.

Dengan Deklarasi Panmunjun — perjanjian damai yang ditan- datangani oleh diktator Korea Utara, Kim Jong Un dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-In pada 27 April 2018 — kedua-dua pemimpin itu menubuhkan satu matlamat bersama untuk bebas nuklear di semenanjung Korea

Sidang Kemuncak Antara Korea yang pertama itu mena- matkan penglibatan diplomatik dengan Korea Utara yang mem- bawa kepada pertemuan berse-jarah Presiden A.S. Donald Trump dan Kim Jong Un di Singapura pada bulan Jun dan pertemuan kedua berlangsung di Vietnam pada 27-28 Februari.

Mesej Sri Paus Fransiskus kepada para pemimpin semenan- jung Korea datang sehari selepas
pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un mengakhiri pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Vladivostok.

Media Korea Utara melaporkan bahawa Kim memberitahu Putin bahawa beliau percaya A.S mem- punyai “niat buruk” dalam rundingan sekatan semasa sidang kemuncak di Vietnam baru-baru ini.

“Kim Jong Un berkata keadaan di Semenanjung Korea dan rantau ini kini terhenti, dan telah mencapai titik kritikal di mana ia boleh kembali ke keadaan asal- nya, memandangkan AS mengambil sikap sepihak yang berniat jahat dalam kemuncak rundingan DPRK-AS baru-baru ini,” demikian laporan dari berita KCNA yang dikendalikan oleh Korea Utara pada 26 April.

Walaupun terdapat masalah diplomatik semasa, Sri Paus Fransiskus mengatakan bahawa keamanan masih boleh berlaku.

“Melalui kesabaran dan usaha berterusan, upaya mencari har- moni dan kesepakatan dapat mengatasi pemisah dan kon- frontasi,” kata Fransiskus yang telah menjadi penyokong aktif usaha diplomatik untuk mencapai keamanan di semenanjung Korea.

“Misa untuk Perdamaian” di Semenanjung Korea telah dirayakan di Basilika Sto Petrus pada bulan Oktober oleh Setiausaha Vatikan, Kardinal Pietro Parolin, yang dihadiri oleh Presiden Korea Selatan dan isterinya.

Sri Paus Fransiskus berdoa untuk mengukuhkan “ikatan per- saudaraan menyatukan Semenanjung Korea” semasa berkat Krismas baru-baru ini. Sri Paus itu berdoa agar para pemimpin Korea dapat mencapai penyelesaian yang mampu men- jamin pembangunan dan kese- jahteraan bagi semua.

Deklarasi Panmunjun 2018 ter- masuk komitmen untuk meningkatkan pertukaran, kun- jungan, dan kerjasama antara kedua-dua Korea untuk mempro- mosikan semangat perpaduan, termasuk perjumpaan keluarga yang terpisah semasa Perang Korea.

Sidang Kemuncak Antara- Korea setahun yang lalu menan- dakan kali pertama pemimpin Korea Utara menyeberangi garis atau sempadan penentuan keten- teraan di Zon Demilitari (Zon Bebas Tentera) iaitu sempadan yang membahagikan semenan- jung Korea sejak 1953. — CNA/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments