Sri Paus, Patriak seru campur tangan dalam ekonomi

Sri Paus, Patriak seru campur tangan dalam ekonomi

Jun 01, 2018

KOTA VATIKAN: Sri Paus Fransiskus dan Patriark Ekumenikal Bartholomew dari Constantinople menyeru umat Kristian untuk bekerjasama bagi membina budaya perpaduan dalam menghadapi ketidaksamaan ekonomi yang semakin meningkat dan kekurangan menghormati maruah manusia terhadap golongan miskin dan pendatang.

Kedua-dua pemimpin itu bertemu secara peribadi pada 26 Mei lalu sebelum menghadiri persidangan antarabangsa yang ditaja oleh Yayasan Centusimus Annus Pro Pontifice, yang bertujuan untuk mempromosikan ajaran ensiklopedia St John Paul II (1991) mengenai keadilan sosial dan ekonomi. “Kesukaran dan krisis semasa dalam sistem ekonomi global mempunyai dimensi etika yang tidak dapat dinafikan,” kata Sri Paus Fransiskus kepada kira-kira 500 pemimpin perniagaan, ahli teologi dan penyokong ajaran sosial Katolik.

Krisis itu jelas “berkaitan dengan mentaliti egoisme dan mementingkan diri yang telah secara efektif mencipta budaya menutup mata terhadap isu martabat manusia yang paling rentan,” kata Sri Paus. “Globalisasi yang semakin meningkat” sikap acuh tak acuh “dilihat dalam perkembangan yang tidak seimbang,” bukan hanya di negara-negara yang miskin juga berlaku dalam kadar yang lebih banyak di tengah-tengah kemewahan dunia maju,” katanya. Hal ini juga sama dalam reaksi manusia terhadap golongan pendatang dan pelarian.

Dalam ucapannya semasa persidangan tersebut, Patriak Bartholomew menegaskan bahawa agama Kristian “pada asasnya sosial. Iman tidak terhad hanya kepada ‘jiwa’ tanpa kepentingan dimensi sosial, sebaliknya iman Kristian memainkan peranan penting di peringkat masyarakat. “Gereja-gereja Ortodoks dan Katolik”, katanya, menggalakkan nilai rohani dan aktiviti amal, malah keduaduanya mengajar “prinsip menghormati insan, solidariti, subsidiariti dan kebaikan bersama.”

Tetapi, katanya, dunia hari ini - seperti yang dapat dilihat dalam sistem ekonomi global dan pemusnahan persekitaran yang berterusan— sedang mengalami “krisis perpaduan” yang mengancam kewujudan manusia.

Patriark Bartholomew mengutuk “fundamentalisme pasaran,” iaitu lebih menghormati atau mengutamakan keuntungan, di mana maruah dikaitkan dengan harta benda, lebih mementingkan ekonomi dan kepentingan manusia tidak dipedulikan.

Di samping itu, beliau berkata, “kita menyembah teknologi dan simbol tertinggi — komputer — sebagai tuhan kita,” dan berfikir bahawa ia akan menyelesaikan semua masalah rakyat. Tetapi masalah terdalam dunia tidak boleh diperbaiki dengan teknologi sahaja, khususnya “ketidakadilan sosial, perceraian, keganasan, jenayah, kesepian, fanatisme dan pertembungan tamadun.

“Tidak pernah sebelum ini kita mempunyai pengetahuan saintifik yang banyak tetapi bertindak begitu hebat dan merosakkan alam semulajadi dan manusia sesama kita,” kata Patriark Bartholomew.

Bagi orang Kristian, dua perkara adalah jelas: “krisis perpaduan” tidak boleh diabaikan kerana masalah langsung memberi kesan kepada maruah manusia; dan, “tiada siapa yang boleh menghadapi masalah ini sahaja.”

“Sumbangan gereja-gereja kita tetap penting,” katanya, kerana “ia telah mengekalkan nilai-nilai tinggi, warisan rohani dan moral yang berharga dan pengetahuan antropologi yang mendalam.”

“Bagi Paus Fransiskus dan kita semua, identiti dan nilai budaya atau masyarakat tidak boleh dinilai mengikut tahap pertumbuhan ekonomi, perkembangan teknologi atau organisasinya,” katanya.

Tamadun dihakimi berdasarkan dari mula layanan kita terhadap sesama hinggalah pada akhir hayat kita, tamadun dihakimi melalui hubungannya dengan destinasi ilahi dan melalui aksinya dalam melindungi bumi ini.” — CNS

Total Comments:0

Name
Email
Comments