Suara emas KKD St Gabriel melantun pujian untuk Tuhan

Uniknya KKD St Gabriel terletak pada kemerduan paduan suara mereka. Kebanyakan daripada mereka terlibat dalam pelayanan koir di mana beberapa paderi serta religius telah memuji 'suara merdu' yang mereka miliki.

Nov 14, 2019

ST SABINA, Kg Titimboungon, Papar: Uniknya KKD St Gabriel terletak  pada kemerduan paduan suara mereka. Kebanyakan daripada mereka terlibat dalam pelayanan koir di mana beberapa paderi serta religius telah memuji 'suara merdu' yang mereka miliki.

KKD St Gabriel pada mulanya dikenali sebagai KKD 3 pada tahun 2003. Setahun kemudian, nama KKD 3 ditukar kepada Malaikat Sto Gabriel. Ia diteguhkan  di dalam Misa Kudus pada 29.09.2009.

Pada 29.9.2019, KKD ini meraikan Hari Santo Penaung dan Hari Keluarga mereka dalam perayaan Ekaristi bersama Paderi Paroki Limbahau, Father Thomas Yip.

Semasa ucapannya, Pengerusi KKD St Gabriel, Sdra Fred Vincent menyeru agar KKD St Gabriel tetap bersatu melalui pertemuanpertemuan doa dan diteguhkan melalui Ekaristi.

Total Comments:0

Name
Email
Comments