Sukan Solidariti, KACT bekerjasama promosi kesatuan, keharmonian alam

Sukan seringkali memerlukan kekuatan fizikal dalam mencapai objektif kemenangan yang boleh menyebabkan kecederaan kepada pihak lawan, menimbulkan perasaan marah, dan lebih teruk lagi sekiranya berlaku pergaduhan.

Nov 10, 2019

KEMABONG: Sukan seringkali memerlukan kekuatan fizikal dalam mencapai objektif kemenangan yang boleh menyebabkan kecederaan kepada pihak lawan, menimbulkan perasaan marah, dan lebih teruk lagi sekiranya berlaku pergaduhan.

Tidak cukup itu, perasaan tidak puas hati kepada pihak pengurusan, ataupun sorakan sokongan yang berbaur hinaan, sering menjadi batu penghalang, sehingga penyatuan dalam sukan menjadi sangat subjektif. Maka, adakah sukan boleh membawa kepada kesatuan?

Pada 25-27 Oktober 2019, Komisi Sukan Solidariti sekali lagi telah menganjurkan Sukan Solidriti peringkat Keuskupan Keningau.

Paroki Tenom dan Mission Kemabong telah menjadi tuan rumah bagi anjuran yang diadakan sekali dalam dua tahun ini.

Dalam Misa Pembukaan di Gereja Bonda Maria, Kemabong, Fr Cladius Andrew menyeru setiap kontinjen yang bertanding mengamalkan sikap tolongmenolong, bukan sahaja di kalangan kontinjen itu sendiri tetapi juga kepada tuan rumah, dengan memberi kerjasama penuh kepada pihak pengurusan. Pada hari kedua, pertandingan dimulakan serentak dibeberapa tempat pertandingan di sekitar Pekan Tenom dan Pekan Kemabong. Sukan Solidariti kali ini mempertandingkan lima jenis sukan, iaitu Bola Sepak, Takraw, Bola Tampar, Badminton dan Dart.

Sepanjang pertandingan semua paroki memberi kerjasama penuh, dan segala isu-isu yang ada, dapat diselesaikan dengan baik.

Lebih menarik lagi, pihak penganjur dengan kerjasama Komiti Keharmonian Alam Ciptaan Tuhan (KACT) yang mewajibkan setiap tempat pertandingan mestilah "bebas sampah" bagi tujuan memupuk kesedaran pentingnya penjagaan persekitaran yang bersih. Pada hari ketiga pula, telah diadakan Majlis Penangguhan Sukan Solidariti dan penyampaian hadiah kepada semua pemenang.

"Semua komisi (sukan), yang dipersetujui untuk dibentuk di Keuskupan bukan sahaja bertujuan untuk menjadi medan kesatuan tetapi menjadi tempat pembentukan modal iman," ulas Fr. Anthony Mikat, semasa  homili Misa Penutup, sambil mengucapkan tahniah kepada Komisi Sukan kerana berjaya menganjurkan sekali lagi Sukan Solidariti ini dengan jayanya. Paroki Sook, dinobatkan juara keseluruhan, dengan tiga emas, satu perak dan satu gangsa.

Naib Johan, pula dirangkul oleh, Kontinjen Katedral St. Francis Xavier dengan, dua emas, duaperak, dan satu gangsa. Buat pertama kalinya, tuan rumah, Paroki Tenom, berjaya menduduki tempat yang ketiga dengan satu emas, satu perak, dan satugangsa. Paroki St. Yohanes, Sipitang telah diumumkan menjadi tuan rumah pada tahun 2021.

Melihat apa yang berlaku sepanjang sukan ini berlangsung, satu jawapan "YA", mengenai persoalan di atas, bahawa sukan mampu membawa kesatuan. -- KOMSOSSAT

Total Comments:0

Name
Email
Comments