Tuhan menghukum mereka yang memperhambakan manusia

Pada hari terakhir kunjungannya ke Mexico, Paus Fransiskus mengecam eksploitasi pekerja yang dilakukan oleh kilang-kilang berasaskan ekspot yang terletak di Ciudad Juarez, dekat sempadan Amerika Syarikat.

Feb 26, 2016

ECATEPEC, Mexico: Pada hari terakhir kunjungannya ke Mexico, Paus Fransiskus mengecam eksploitasi pekerja yang dilakukan oleh kilang-kilang berasaskan ekspot yang terletak di Ciudad Juarez, dekat sempadan Amerika Syarikat.

“Tuhan akan menyertai dan memeluk para pekerja yang dijadikan hamba pada hari ini. Dia akan menghukum mereka yang bertanggungjawab menyeksa dan menjadikan orang lain sebagai hamba,” kata Paus Fransiskus kepada para pekerja kilang yang kebanyakannya teruk bekerja keras, lebih masa, bekerja di tempat pekerjaan yang tidak selesa dan upah yang sedikit.

“Mentaliti yang meletakkan manusia untuk bekerja demi mendapat keuntungan menyebabkan tercetusnya ramai pekerja yang dieksploitasi seperti mereka objek yang boleh digunakan dan dibuang sesuka hati.”

“Lebih buruk lagi, pada zaman ini, kita hidup dalam era yang mengenakan paradigma utiliti ekonomi sebagai titik permulaan dalam menjalin hubungan peribadi. Mentaliti seperti ini mungkin menyokong keuntungan besar tetapi juga, mungkin boleh menyebabkan kejatuhan atau kerugian serta merta.”

“Negara Mexico seperti apakah yang anda mahu wariskan kepada anak-anak anda? Adakah anda mahu memperturunkan kepada anak-anak anda memori eksploitasi, atau upah yang tidak wajar, penganiayaan di tempat kerja? Atau adakah anda mahu mewariskan anak-anak anda sebuah budaya iaitu martabat di tempat kerja, rumah yang lebih baik dan tanah untuk diusahakan?”

Sebelum merayakan Misa di Ecatepec, Paus Fransiskus telah melawat sebuah penjara terkenal, di mana prelatus itu mengkritik dasar polisi penjara bahawa beliau tidak boleh memejamkan sahaja mata melihat keadaan banduan serta menyeru agar masyarakat Mexico tidak melupakan para tahanan.

“Sejak berabad lamanya kita mempunyai pemikiran dan percaya bahawa dengan mengasingkan, memisahkan dan memenjarakan dapat menyelesaikan segala masalah, sudah lama kita mempunyai pandangan bahawa polisi dan peraturan boleh membersihkan diri daripada masalah,” kata Paus Fransiskus.

“Kita lupa untuk memperhatikan apa yang seharusnya menjadi keprihatinan dan keutamaan kita iaitu nyawa manusia, kehidupan mereka, keluarga mereka dan mereka yang menderita akibat ancaman jenayah serta keganasan,” ucapnya selepas mendengar beberapa keluhan para tahanan dan memeluk seorang banduan wanita. -- NCR

Total Comments:0

Name
Email
Comments