Tuhan tidak disebut dalam Kitab Ester?

Gambaran karya Tuhan yang tersembunyi dalam kisah Ester ini menunjukkan bahawa Tuhan tidak diam dalam situasi apa pun. Kekacauan-kekacauan yang terjadi, seperti pembunuhan, mabuk- mabukan, seks dalam Kitab Ester ini bukan menyatakan “Kematian Tuhan”, atau Tuhan tidak hadir di sana.

Oct 05, 2019

Soalan: Father,  saya tertarik den- gan kitab Ester (Perjanjian Lama), kenapa dalam kitab tersebut tidak menyebutkan nama Tuhan? Sedangkan banyak kekacauan yang terjadi, seperti pembunuhan, mabuk- mabukan, seks dsb. Di manakah campur tangan Tuhan dalam kisah ini? —Miranda

Jawaban: Kitab Ester merupakan satu dari Kitab Perjanjian Lama yang ter- masuk dari Kitab-kitab Sejarah, iaitu kitab-kitab yang memberikan gam- baran perjalanan bangsa Israel. Kitab ini memang merupakan kitab yang unik dalam seluruh Perjanjian Lama, pertama kitab yang menggunakan nama perempuan, dan kitab ini tidak menyebutkan kata “Tuhan” satu pun.

Tentu, orang bertanya-tanya men- gapa kitab ini menjadi satu bahagian dalam Perjanjian Lama. Kitab Ester sebenarnya kitab yang menceritakan tentang perjalanan bangsa Yahudi yang masih dalam pembuangan, pada zaman Kerajaan Persia pada abad ke- 5. Sebagai sebuah kitab, Kitab Ester menjadi satu bahagian dalam kanon Perjanjian Lama kerana kitab ini memiliki erti penting bagi bangsa Israel, iaitu pemaknaan akan Perayaan Purim, pesta pembebasan bangsa Yahudi dari Kekaisaran Persia, yang dirayakan setiap Bulan Mac.

Nama Ester sendiri adalah nama dari seorang perempuan Israel yang bernama Hadasa (Est 2:7), yang kemudian berganti nama Persia, seba- gai Ester. Ester adalah perempuan yang diangkat anak oleh Mordekhai, seorang Yahudi dari suku Benyamin (bdk. Est 2:5-7). Ketokohan Ester penting kerana ketika Raja Ahasyweros dikecewakan oleh Ratunya, Wasti dan tindakan itu merugikan bagi para lelaki Persia, kerana tidak dapat tidak dihormati oleh perempuan, anggota-anggota istana raja mengusulkan agar men- gadakan sayembara untuk memilih ratu baru menggantikan Wasti.

Di sinilah figura Ester muncul seba- gai perempuan yang terpilih kerana kecantikannya menyenangkan hati Raja, sehingga dia menjadi Ratu Persia.

Hal yang menarik dalam Kitab Ester adalah ketidakhadiran nama “Tuhan” atau “YHWH” yang tidak muncul dalam kitab ini. Orang berfikir bahawa Tuhan tidak berkarya di sini, atau kitab ini tidak layak untuk disebut Kitab Suci. Namun, ada dua hal utama mengapa kata “YHWY” tidak muncul dalam kitab ini.

Pertama, kata “YHWH” tidak muncul kerana latar belakang situasi bangsa Yahudi saat itu yang tidak memungkinkan untuk melakukan peribadatan.

Kedua, kitab ini sebenarnya mahu menunjukkan kepada bangsa Yahudi bahawa “YHWH” berkarya di belakang layar meskipun mereka dalam situasi yang kelam. Lalu, bagaimana “YHWH” berkarya? Tidak ada karya ajaib daripada Tuhan. Tidak ada suatu kekuatan hebat di sana.

“YHWH” dalam kitab ini, berkarya melalui iman dan keberanian Ester. Ester merupakan gambaran perem- puan beriman di mana Tuhan bekerja di dalam dirinya. Ester seorang perempuan Yahudi yang tidak gentar untuk memperjuangkan pembebasan bangsa Yahudi dari rencana pemban- taian masal yang telah dirancang oleh Haman.

Ester juga melakukan puasa bersama Mordekhai, sebelum dia memberanikan diri untuk menyam- paikan permintaannya kepada Raja (Est 4:15-17).

Tindakan Ester ini merupakan ungkapan seorang beriman. Dia berani meminta kepada Raja Ahasyweros untuk pembebasan bangsanya. Di sinilah Tuhan bekerja meskipun tidak ada kata “YHWH” yang memerintahkan. Ini semua bukan karya manusia biasa, tetapi karya yang dilakukan oleh Tuhan dalam keheningan. Ini merupakan bahagian dari Penyelenggaraan Ilahi (Providentia Dei).

Gambaran karya Tuhan yang tersembunyi dalam kisah Ester ini menunjukkan bahawa Tuhan tidak diam dalam situasi apa pun. Kekacauan-kekacauan yang terjadi, seperti pembunuhan, mabuk- mabukan, seks dalam Kitab Ester ini bukan menyatakan “Kematian Tuhan”, atau Tuhan tidak hadir di sana.

Sebaliknya kitab Ester memberikan perspektif bahawa Tuhan tetap beker- ja dan berkarya dalam kehidupan manusia meskipun situasi hidup dalam kekelaman. Dengan kata lain, Kitab Ester menegaskan bahawa Tuhan selalu bekerja meskipun tidak nampak atau bahkan tidak disebutkan dalam suatu kitab. — Father Yohanes Benny Suwito, hidupkato- lik.com

Total Comments:3

Name
Email
Comments
Resliana G kalong[email protected]
Saya sangat suka
Mengapa nama Tuhan tidak di tulis dalam kita Ester
Triono Teguh Santoso[email protected]
Mujizat bukan hanya berujud gagak memberi daging atau api turun dari langit membakar korban di mezbah Elia saja, tapi juga peluputan bangsa Yahudi dari holocaust di Persia di jaman Hdasah