Tuhan yang hadir dalam Ekaristi bukti Dia amat mengasihi umat-Nya

Tiga puluh empat orang kanak-kanak menerima Komuni pertama mereka semasa Misa Kudus jam 9.00 pagi. Misa dipimpin oleh paderi paroki, Fr Robert Daniel

Nov 14, 2019

IPOH: Tiga puluh empat orang kanak-kanak menerima Komuni pertama mereka semasa Misa Kudus jam 9.00 pagi. Misa dipimpin oleh paderi paroki, Fr Robert Daniel di Gereja Our Lady of Lourdes pada 3 Nov lalu. Diakon Sandanasamy Peter menyampaikan homili yang ditujukan khas kepada para kanak-kanak yang cantik dan kacak memakai pakaian putih.

Diakon Peter mengatakan hari tersebut adalah penting kerana mereka akan menerima Tubuh dan Darah Yesus melalui Komuni Suci.

“Kamu mesti taat dan berterima kasih kepada Yesus kerana Dia sangat baik terhadap kita. Yesus telah mencipta ibu bapa anda. Taat dan hormatilah ibu bapa kamu, adik-beradik, sau dara mara dan rakan-rakan termasuk rakan-rakan sekolah anda. Anda telah dipilih dan anda ialah anak-anak  istimewa Tuhan. Oleh itu, kamu harus menunjukkan teladan yang baik agar orang lain dapat melihat anda begitu  berbeza kerana kasih anda bersumber kepada Yesus. Hormati guru-guru anda, belajarlah dengan rajin dan jadikan gembirakanlah ibu bapa anda selalu.

“Apabila anda dewasa, jangan lupakan orang-orang di sekeliling anda, paderi, diakon dan katekis, jangan lupakan mereka. Lakukanlah Pengakuan setiap tahun,” ujar Diakon Peter seraya mengatakan kita cenderung melakukan kesilapan dan harus berulang kali mengakui dosa dan pengampunan daripada Tuhan.”

Kanak-kanak Komuni Pertama itu juga diseru menjadi saksi Yesus, menjadi anak-anak baik dan mengucap syukur apabila menerima Tubuh dan Darah Yesus.

Total Comments:0

Name
Email
Comments