Umat Katolik Malaysia dipanggil untuk berdoa, berpuasa dan melunasi dosa

Sri Paus Fransiskus telah mengeluarkan kenyataan yang mengajak seluruh umat Katolik berdoa Rosario sepanjang bulan Oktober demi melindungi Gereja darri tipu muslihat iblis.

Oct 05, 2018

KUALA LUMPUR: Sri Paus Fransiskus telah mengeluarkan kenyataan yang mengajak seluruh umat Katolik berdoa Rosario sepanjang bulan Oktober demi melindungi Gereja dari tipu muslihat iblis.

Sejajar dengan itu, Konferensi Uskup-uskup Katolik Malaysia turut mengeluarkan kenyataan agar seluruh umat Katoli di negara ini dapat berdoa dan berpuasa demi intensi Bapa Suci.

Berikut merupakan kenyataan penuh tersebut:

Saudara-saudari dalam Kristus,

Menurut tradisi Gereja Katolik bulan Oktober adalah bulan mendoakan doa Rosari. Ketika mendoakan doa Rosari bersama dalam keluarga, komuniti, KKD atau secara peribadi, marilah kita berdoa bersama Gereja sejagat membawa dalam doa intensiintensi Bapa Suci Fransiskus. “Jika satu anggota menanggung penderitaan, semua anggota lain menanggung penderitaan juga” (1 Kor 12:26).

Bapa Suci Fransiskus mengajak semua Umat Katolik seluruh dunia supaya berdoa, berpuasa dan melakukan reparation (pelunasan dosa) kerana dosa-dosa yang dilakukan oleh golongan Paderi yang sangat menyakiti Gereja dan misinya.

Gereja kita di Malaysia adalah sebahagian daripada Gereja Sejagat, Tubuh Kristus dan sedang turut menderita bersama dengan mangsa-mangsa perbuatan tidak bertanggungjawab oleh segelintir golongan Paderi.

Marilah sama-sama kita berdoa kepada Bonda Maria, Ibu kita dan ibu Gereja sepanjang bulan Rosari ini untuk pemurnian, penyembuhan dan pembaharuan Gereja Katolik di seluruh dunia, bermula dalam Keluarga, Komuniti, Paroki dan Keuskupan kita sendiri. Misa Kudus pada hari Jumaat 26 Oktober 2018 akan datang akan dirayakan untuk intensi ini.

Bentuk tobat (penance atau sogit) yang lain sepanjang bulan Rosari ini termasuklah adorasi secara peribadi, amal bakti, memberi sedekah, berkorban dan amalan-amalan kasih adalah juga digalakkan. Marilah kita samasama memohon belas kasihan Tuhan terhadap Gereja dan dunia.

Kami Uskup-Uskup Malaysia dengan rendah hati mengajak saudara-saudari dalam Kristus bersatu dalam doa sepanjang bulan Rosari ini.

Disiarkan oleh Konferensi Uskup-Uskup Katolik Malaysia pada 26 September, 2018 di Pulau Pinang.

Uskup Agung Julian Leow, Kuala Lumpur
Uskup Agung Simon Poh,
Kuching Uskup Agung John Wong, Kota Kinabalu
Uskup Cornelius Piong,Keningau
Uskup Julius Dusin Gitom, Sandakan
Uskup Bernard Paul, Melaka- Johor Uskup Sebastian Francis, Pulau Pinang
Uskup Richard Ng,
Miri Uskup Joseph Hii, Sibu

Total Comments:1

Name
Email
Comments
Satu-satunya jalan ke Syurga. Sekiranya Kami mahu pergi ke tempat yang tidak diketahui bahawa Kami tidak tahu jalan ke tempat yang tidak diketahui, Kita memerlukan orang bahawa Dia pernah pergi ke tempat atau orang itu dari tempat itu angkat kita, jadi kita tidak tersesat Cara berfikir ini sangat munasabah dan Ia boleh diterima oleh logik kita. Sekiranya kita mahu pergi ke Syurga, kita memerlukan orang yang Dia tahu jalannya Syurga atau orang dari Syurga pergi ke Bumi dan Dia dapat kembali sekali lagi, ke Syurga. Orang itu adalah Yesus, Dia kembali ke Syurga disaksikan oleh murid-muridnya (Kisah 1: 9-11), jadi Yesus tidak ada Kubur di Bumi. Yesus dapat membawa Engkau ke Syurga, Tetapi orang lain bahawa kuburnya di Bumi, maka Anda tidak tahu jiwanya pergi Syurga atau pergi ke neraka. Orang ini tidak pasti membawa Engkau ke Syurga. Bagaimana untuk mengikuti Yesus dengan mengikuti kata-katanya dan melakukannya. Bagaimana untuk mengetahui firmannya dengan membaca Alkitab setiap hari. Tolong beritahu setiap orang yang mempercayai Yesus sebagai anak Allah.